23 Jan 2014

IVF ataupun In Vitro Fertilization adalah salah satu kaedah untuk hamil








Apakah itu IVF?

In Vitro Fertilization juga dikenali sebagai test tube baby ialah proses meningkatkan peluang kehamilan dangan bantuan teknologi dimana telur disenyawakan dengan sperma secara manual dalam tabung uji makmal.
Embrio yang terhasil akan dimasukkan kedalam rahim melalui tiub.
Peluang kehamilan boleh ditingkatkan dengan menjalani prosedur ini dimanaIVF direka untuk membantu wanita yang mempunyai masalah tiub fallapio yang tidak boleh hamil secara semulajadi

Bagaimana IVF dibuat?

Untuk Wanita

Langkah 1 :-

  1. Penggunaan ubat kesuburan untuk mengawal tempoh ovulasi dan kematangan telur anda akan ditinjau melalui ultrasound melalui faraj.
  2. Beberapa telur yang matang yang telah dirangsangkan oleh ubat kesuburan akan disedut keluar melalui proses "egg pickup" dengan bantuan ultrasound


Langkah 2:-

  1. Beberapa telur yang telah disedut bersama dengan sperma yang dikumpul didalam tabung uji makmal dimana persenyawaan akan berlaku.
  2. Cara kedua ialah, sperma disuntik terus ke dalam telur melalui cara intracytoplasmin sperm injection (ICSI) di atas piring kaca .
  3. Melalui prosedur ini , proses persenyawaan adalah sangat tinggi.
  4. Proses pembahagian sel akan berlaku dimana embrio menjadi


Langkah 3 :-

  1. Embrio biasanya dipindahkan ke dalam rahim 1-6 ahri selepas ersenyawaan secara manual.
  2. Proses ini juga dikenali sebagai "embrio transfer"
  3. Doktor akan memasukkan spekulum ( alat membuka dinding vigina) kemudian diulir ke dlama rahim anda melalui tiub ke dalam rahim untuk meningkatkan peluang kehamilan.
  4. Ini dimana kembar bertiga ataupun berempat seringberlaku dalam kes IVF.
  5. Sesetengah wanita akan rasa ketidakselesaan sepanjang proses ini


Langkah 4

  1. Anda diminta berehat pada masa yang singkat sebelum pulang ke rumah



Untuk lelaki

Langkah 1:-

  1. Anda akan diminta untuk menghasilkan sampel sperma atau air mani pada hari rawatan tersebut.
  2. Sperma yang dihasilkan harus dihantar untuk pemulihan tidak lebih daripada 30 minit


Langkah 2:-

  1. Sperma akan dubasuh untuk membuang cecair disekelilingnya
  2. Sperma yang aktif dan kurang aktif akan dipisahkan
  3. Proses pencucuian dan pemilihan sperma mengambil masa lebih kurang 1-2 jam
  4. Sebaik sahaja sperma dipilih IVF akan dilakukan


Langkah 3:-

  1. Sperma yang aktif dan berkualiti baik akan diletakkan dalam tabung uji bersama telur dimana persenyawaan akan berlaku ataupun sperma disuntik terus ke dalam telur melalui cara intracytoplasmic sperm injection (ICSI) diatas piring kaca


Kadar kejayaan IVF

Kadar kejayaan bergantung kepada beberapa faktor termasuk ciri-ciri pesakit dan jenis rawatan.
Ia juga adalah penting untuk difahami bahwa kadar kehamilan tidak sma seperti kadar kelahiran secara langsung


  1. 30-35% bagi wanita dibawah umur 35 tahun
  2. 25% bagi wanita berumur 35-37
  3. 15-20% bagi wanita berumur 38-40
  4. 6-10% bagi wanita berumur lebih daripada 40 tahun

Kadar kejayaan klinik infertilitu berbeza antara satu sama lain.Oleh itu , anda harus memilih klinik infertiliti yang mempunyai informasi lengkap dan bantuan alat kehamilan yang terkini untuk meningkatkan peluang kehamilan anda


0 comments:

Post a Comment