19 Jan 2015

10 Tanda Perubahan Kulit bagi Ibu Hamil.

Salam,

Fasa kehamilan adalah satu fasa dimana kadang-kadang ibu hamil akan mengalami banyak perubahan pada kulit mereka.Tetapi kebiasaannya perubahan pada kulit ini tidak akan menjejaskan kesihatan ibu hamil mahupun bayi didalam kandungan.

Entri kali ini Ida nak tulis tentang beberapa perubahan kulit yang biasa berlaku kepada ibu hamil.

1. CHLOASMA ( Perubahan Pigmentasi Pada Muak dan Leher)

  • Chloasma juga dikenali sebagai 'topeng kehamilan'.Ia kelihatan sebagai tompok-tompok gelap pada dahi,pipi dan leher.Pada anita yang berkulit gelap,ia muncul sebagai tompok-tompok cerah.Ia disebabkan oleh peningkatan hormon melanin iaitu hormon yang memberi warna gelap pada kulit.Hormon ini melindungi kulit daripada cahay ultraviolet.
  • Pendedahan kepada cahaya matahari akan membuatkan tompokan tersebut menjadi lebih gelap dan lebih jelas.Oleh itu lindungilah kulit anda dengan krim pelindung matahari dengan SPF15 atau lebih.Pakailah topi apabila anda keluar rumah.Jika anda rasa tompokan tersebut kelihatan hodoh,anda boleh selaraskan tona kulit menggunakan bedak asas yang agak gelap.Berita baiknya ialah tompokan ini akan mula hilanh dalam tempoh tiga bulan selepas anda bersalin.


2. LINEA NIGRA (Garisan Gelap Sepanjang Perut Anda)

  • Linea Nigra ialah garisan menegak berwarna gelap dengan kelebaran sehingga satu sentimeter yang terbentuk pada tengah-tengah perut biasanya merentasi pusat.Ia biasanya muncul sekitar trimester kedua.Ia disebabkan oleh pigmentasi pada kulit di mana otot abdomen anda meregang untuk memudahkan pembesaran bayi anda.
  • Garisan pigmentasi ini akan pudar dalam masa beberapa minggu selepas anda melahirkan namun anda mungkin perlu menggosoknta sedikit untuk menghilangkan kulit kering.Bahagian-bahagian badan lain seperti puting payudara,tahu lalat dan bintik-bintik gelap pada kulit mungkin akan turut mengalami [erubahan pigmentasi tetapi ini juga akan hilang.


3. KULIT BERSERI SEMASA HAMIL


  • "SERI" semasa hamil bukan sekadar kata-kata.Ketika hamil,kulit anda menyimpan lebih banyak kelembapan,menjadikannya montok serta menghilangkan garis-garis halus dan kedut yang mungkin anda sebelum ini.Apa yang membuatkan kulit anda cerah bersinar ialah peningkatan tahap darah yang beredar di seluruh badan anda.Ini juga kadang-kala membuatkan anda rasa agak panas.
  • Malangnya kesan sampingan daripada ini ialah anda mungkin nampak sembam akibat penahanan air (water retention) dalam badan.Jika anda mem[unyai tompok-tompok merah dibahagian muka ia juga akan kelihatan lebih jelas.
  • Namun begitu,jangan cuba kurangkan meminum air kerana badan anda memerlukan banyak air.Sebaliknya berehatlan seberapa kerap yang boleh.Sebarang tompok merah yang ada akan berkurangan selepas anda bersalin.Tetapi jika anda mahu menutupnya anda boleh cuba gunakan bedak asas yang lembap.


4. JARINGAN URAT SEMASA HAMIL


  • Jaringan urat (spider veins atau dikenali juga sebagai spider naevi) adalah kapilari-kapilari darah (salur darah halus) yang biasanya kelihatan pada pipi.Ia biasa berlaku pada wanita hamil terutamanya mereka yang sudah biasa mengalaminya.Ia disebabkan oleh peningkatan isipadu daah dalam badan yang memberi lebih tekanan pada kapilari yang sememangnya lebih sensitif semasa anda hamil.
  • Untuk mengurangkan kemungkinan jaringan urat ini berlaku,lindungi muka anda daripada kesejukan atau kepanasan melampau kerana keadaan ini boleh menggalakkan pembentukaa jaringan urat.Urat-urat ini akan hilanh setelah tahp hormon anda menjadi stabil semula selepas bersalin.


5. BINTIK-BINTIK DAN JERAWAT SEMASA HAMIL


  • Kehamilan kadang-kala boleh mencetuskan pertumbuhan jerawat.Tahap hormon yang tinggi boleh menggalakkan penghasilan sebum iaitu minyak yang membuatkan kulit anda anjal.Namun terlalu banyak sebum dihasilakn boleh menyebabkan liang-liang muka tersumbat dan mengakibatkan kulit jadi berminyak dan bintik-bintik terbentuk.
  • Cucilah muka dengan kerap menggunakan pencuci muka yang lembut dan gunakan pelembap muka tanpa minyak.Jangan gosok tempat yang berjerawat kerana ini akan membuatkan masalah ini lebih teruk.
  • Elakkan juga dari menggunakan krim jerawat kecuali atas nasihat doktor.Sesetengah krim seperti ini todak boleh digunakan semasa hamil.Beberapa minggu selepas bersalin,kulit anda sepatutnya akan kembali kepada keadaan sebelum hamil.


6. TANDA REGANGAN

  • Tanda regangan (Strech Mark) ialah garis-garis halus berwarna kemerahan atau kecoklatan (bergantung kepada warna kulit anda) yang biasanya muncul pada perut,payudara dan paha.Ia berlaku kepada kira-kira 75 hingga 90 peratus wanita hamil.Ia disebabkan oelh regangan kulit apabila berat badan anda semakin bertambah sewaktu hamil.
  • Tahap hormon yang tinggi turut mengganggu keseimbangan protien pada kulit dan menyebabkan kulit menjadi lebih nipis berbanding biasa.Selepas bersalin,pigmentasi berwarna kemerahan atau kecoklatan pada tanda regangan ini akan beransur pudar dan garis-garis tersebut akan kelihatan lebih cerah daripada kulit di sekelilingnya.
  • Sesetengah wanita bernasib baik kerana mempunyai kulit yang lebih elastik daripada orang lain.Ini bermakna mereka tidak mengalami tanda regangan.Tetapi bagi kebanyakkan daripada kita,ini hanyalan salah satu kesan kehamilan yang harus kita hadapi.Anda boleh cuba mengurangkan tanda regangan dengan mengelak daripada menambah berat badan terlalu cepat,menyapu minyak atau krim yang kaya dengan Vitamin E pada perut untuk menjadikannya lebih anjal mengamalkan pemakanan sihat yang kaya dengan Vitamin E dan C serta zink dan silika untuk membantu mengekalkan kesihatan kulit.
  • Satu ulasan kajian mengenai krim untuk menghalang tanda regangan mendapati bahawa hanya satu sahaja kajian yang dilakukan si Sepanyol yang menunjukkan bahawa krim dapat membantu.Ini dilakukan dengan mengurut badan menggunakan krim yang dipanggil Trofolastin.Krim ini menegandungi bahan aktif eksstrak Centella Asiatica,Alpha Tocopherol (Vitamin E) dan Collagen -Elastin Hydrolysates.


7. MELECET SEMASA HAMIL


  • Apabila berat badan anda bertambah,sesetengah tempat pada badan anda boleh melecet seperti pada paha atau bawah payudara.Kulit di kawasan tersebut akan menjadi merah dan lembap,kemudian melepuh dan mengeluarkan bau.Keadaan ini dikenali sebagai intertrigo.
  • Pastikan kawasan yang terjejas itu sentiasa kering dan gunakan bedak talkum untuk meyerap kelembapan.Pakailah pakaian yang diperbuat daripada kapas untuk menyejukkan kulit dan elakkan memakai seluar ketat atau tights
  • Maklumkan kepada doktor anda mengenai perkara ini,terutamanya jika anda banyak berpeluh kerana ia boleh menyebabkan jangkitan fungus atau keputihan.Keputihan perlu dihapuskan sebelum bayi anda lahir kerana ia boleh dijangkitkan kepada bayi semasa anda bersalin,


8. KULIT SENSITIF SEMASA HAMIL.

  • Kulit anda biasanya lebih sensitif apabila anda hamil,bukan sahaja kerana peningkatan hormon dalam badan tetapi juga kerana ia lebih lembut dan meregang.Sabun dan bahan pencuci mungkin tiba-tiba menyebabkan kulit anda pedih dan masalah seperti ekzema menjadi lebih teruk.Kulit anda boleh menjadi gatal apabila terdedah kepada cahaya matahari.
  • Cuba kenalpasti apa yang menyebabkan masalah ini.Adakah ia disebabkan oleh serbuk pencuci ataupun minyak wangi yang anda guna?Pakailan pakaian yang longgar dan diperbuat daripada kapas serta kekalkan kelembapan badan.Berendam terlalu lama atau tambahkan minyak mandian kepada air mandian untuk mengekalkan keanjalan kulit.(Tetapi pastikan anda tidak tergelincir ketika masuk atau keluar dari tab mandi)
  • Sentiasa lindungi kulit anda daripada matahari dengan pelindung matahari berfaktor tinggi (SPF 15 atau lebih ).


9. RUAM DAN KEGATALAN SEMASA HAMIL


  • Ruam dan kegatalan sementara yang datang dan pergi tanpa sebab-sebab tertentu adalah perkara biasa dalam kehamilan.Peningkatan tahap hormon membuatkan anda lebih sensitif apabila bersentuhan dengan bahan-bahan tertentu yang biasanya tidak mempunyai kesan apa-apa.Contohnya anda  mungkin lebih sensitif terhadap klorin dalam kolam mandi.
  • Keputihan yang menyebabkan kegatalan pada faraj dan buasir yang menyebabkan kegatalan pada dubur juga lebih mudah berlaku semasa anda hamil.Pakailah pakaian ringan dan longgar yang diperbuat daripada kapas untuk menyejukkan kulit.Bincanglah dengan doktor anda mengenai rawatan yang selamat digunakan sekiranya anda mengalami keputihan dan buasir.Untuk menghalang buasir,anda mungkin dinasihati supaya meningkatkan serat dalam pemakanan.
  • Menyapu losyen kelamin dapat mengurangkan kegatalan.Jika ruam atau kegatalan berlarutan lebih daripada 2 hari dapatkan nasihat daripada doktor anda.


10. KEGATALAN YANG TERUK KETIKA HAMIL

  •  Rasa gatal yang teruk pada seluruh badan,terutamanya pada waktu malam serta gatal pada tapak tangan dan tapak kaki boleh jadi tanda satu penyakit hati yang jarang berlaku.Penyakit ini dikenali sebagai obstetric cholestasis dan hanya berlaku kepada wanita hamil.Ia biasanya berlaku dalam trimester ketiga kira-kira minggu ke-28 kehamilan dan biasanya hilang dalam masa tiga minggu selepas bersalin.
  • Walaupun penyebab tidak diketahui,dipercayai bahawa tahap estrogen yang tinggi semasa hamil boleh menghalang hati daripada berfungsi dengan betul dan menyebabkan peningkatan tahap garam hempedu.Kegatalan ini boleh jadi teruk dan kadang kala tidak dapat dikawal.Walaupun anda mungkin bimbang kerana hati anda tidak berfungsi dengan baik namun obstetric cholestasis tidak membahayakan kesihatan anda.
  • Namun begitu,risikonya pada bayi adalah kurang jelas.Kajian awal yang dilakukan dalam tahun 1970 an mengaitkan keadaan ini dengan bayi meninggal dalam kandungan tetapi bukti-bukti  baru menunjukkan bahawa risiko bayi meninggal dalam kandungan tidak bertambah jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mengalaminya.Tiada juga bukti yang menunjukkan obstetric cholestastis menjejaskan perkembangan bayi atau menyebabkan kecacatan.
Sumber disini

Itu antara perubahan-perubahan kulit yang biasa berlaku kepada ibu hamil.Dan bagi setiap ibu hamil jangan risau kebiasaanya setiap perubahan kulit ini akan hilang selepas bersalin cuma mungkin ia akan mengambil masa.


Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment