Fasa kehamilan yang disertai dengan mual,tiada selera makan,tidak bermaya,muntah-muntah dan lain-lain simptom adalah perkara biasa yang akan berlaku kepada ibu hamil.Tetapi terdapat keadaan dimana ibu hamil akan mengalami keadaan yang dianggap biasa tetapi sebenanya memerlukan pemerhatian yang serius.
Dibawah ini 6 Tanda Hamil yang Serius dimana ibu hamil perlu ambil perhatian jika terjadi kepada ibu hamil sepanjang fasa kehamilan bagi mengelakkan keadaan menjadi bertambah serius.
1. PENDARAHAN DAN PITAM DI AWAL KEHAMILAN
- Pendarahan faraj kerap terjadi diawal kehamilan dan sering dikaitkan dengan keguguran.Walaubagaimanapun sekiranya pendarahan disertai dengan sakit pada perut dan rasa pitam,ia mungkin tanda kehamilan diluar rahim atau 'Ectopic Pregnancy'.Hamil diluar rahim terjadi apabila telur yang disenyawakan terbenam di dalam salur peranakan atau sekitar kawasan pelvis dan bukan didalam rahim.Sekiranya kandungan ini pecah,ia akan menyebabkan pendarahan dalaman yang teruk dan boleh membahayakan nyawa.Pendarahan faraj juga boleh berlaku semasa trimester ke-2 atau ke-3 tetapi ia lebih dikaitkan dengan uri dibawah (Placenta Previa) atau Abruption Placenta,ia satu keadaan dimana uri merekh dari dinding rahim menyebabkan pendarahan yang teruk berlaku.
2. MUNTAH KETERLALUAN
- Rasa mual dan muntah ringan memang kerap terjadi terutamanya di awal kehamilan tetapi sekiranya muntah dan mual nada keterlaluan sehingga tidak berdaya meneruskan tugas harian anda dikatakan mengalami 'Hyperemesis Gravidarum'.'Hyperemesis Gravidarum' ialah keadaan dimana terjadi kekurangan bendalir dan mineral badan yang teruk yang boleh menyebabkan komplikasi serius.Dehidrasi dan kekurangan zat yang teruk pada badan akibat muntah dikaitkan dengan kecacatan janin dan kelahiran pra-matang.Sekiranya anda mengalami mual,terdapat ubat yang selamat yang boleh dimakan untuk mengurangkan muntah dan dapatkan nasihat tentang pemakanan yang boleh dihindari semasa konsultasi dengan doktor.Sekiranya muntah anda masih tidak dapat dikawal anda mungkin akan dimasukkan ke wad dan rawatan rehidrasi akan diberikan untuk menggantikan bendalir dan mineral yang hilang.
3. PERGERAKKAN BAYI KURANG SECARA MENDADAK
- Memang kerap terjadi diwaktu tertentu ibu merasa pergerakan bayi kurang aktif dari biasa tetapi sekiranya pergerakan bayi tiba-tiba menurun berjam-jam lamanya ia mungkin tanda bayi kekurangan oksigen atau tenaga.Sekiranya anda rasa bayi tidak begitu aktif,cuba dulu tip ini:-
Minum air sejuk dan makan atau tidur mengiring dan perhatikan seketika samada bayi kembali aktif atau tidak.Anda juga boleh memerikan stimulasi dengan cuba dengarkan muzik atau bunyi-bunyian untuk mengejutkan bayi dari tidur.
- Mencatat pererakan bayi anda mungkin boleh menolong.Secara umumnya,anda selalunya akan merasa 10 pergerakan dalam masa 2 jam,sekiranya kurang anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor,ujian CTG (jantung bayi) dan Ultrasound boleh menentukan kesihatan bayi anda.
4. KONTRAKSI PADA AWAL TRIMESTER KE 3
- Kontraksi yang kerap mungkin tanda kelahiran pra-matang tapi bagi ibu kali pertama,mereka sering keliru dengan kontraksi Braxton Hocks.Braxton Hicks boleh terjadi bila-bila masa tetapi ia tidak konsisten dan akan berhenti dengan sendiri selepas beberapa jam.Kontraksi sebenar akan menjadi lebih kerap bertambah sakit dan sekiranya disertau dengan pendarahan 'show' iaitu darah bercampur lendir,kemungkinan besar anda bakal mengalami kelahirn pra matang.Kiranya ia masih dalam peringkat awal,doktor masih sempat untuk cuba memberhentikan kontraksi dan memberikan ubat matangkan paru-paru bayi.Dengan itu,risiko komplikasi bayi pra-matang akan dapat dikurangkan.
5. PECAH AIR KETUBAN
- Sekiranya anda sedang berehat,berbaring atau menonton TV dan tiba-tiba air mengalir keluar dari faraj membasahi sarung,baju atau cadar tilam anda,kemungkinan anda mengalami pecah air ketuban.Pecah ketuban kerap dikelirukan dengan aliran air kencing kerana terkencing secara tiba-tiba juga sering terjadi disebabkan oleh rahim yang memberi tekanan pada pundi kencing.Sekiranya anda kurang pasti samada ia air kencing atau ketuban,pergi ke tandas dan buang air kencing sepenuhnya.Sekiranya air masih mengalir dicelah kangkang anda,sudah pasti anda pecah ketuban.Jumpa doktor dengan segera kerana pecah ketuban mempunyai risiko tersendiri seperti jangkitan kuman pada bayi yang boleh memberikan komplikasi yang serius selepas dilahirkan.
6. SAKIT KEPALA BERTERUSAN,PENGLIHATAN KABUR DAN BENGKAK KETERLALUAN.
- Sekiranya anda mengalami masalah ini semasa trimester ke 3 kemungkinan besar anda mengalami Pre-Eclampsia.Ia adalah keadaan dimana darah tinggi naik dengan mendadak disertai dengan protin yang banyak dalam urin.Ia adalah satu komplikasi kehamilan yang serius dan boleh membawa maut.Jumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan tekanan darah dan air kencing.Pemeriksaan antenatal yang rutin boleh mengawal penyakit ini pada peringkat awal.
Sumber disini
Jadi kepada semua ibu hamil jangan ambil ringan jika anda mengalami tanda-tanda seperti di atas ini.
Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363
PM Admin : Ida Umielman di Facebook
Email : nurelmanamani@gmail.com
Pages : www.facebook.com/UmielmanShoppe
***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya
0 comments:
Post a Comment