10 Jan 2015

IMBASAN ULTRASOUND - Kekerapan Melakukannya serta Jenis-Jenis Imbasan Ultrasound.

Salam dan selamat sejahtera semua,

Tentu seronok dapat melihat keadaan fizikal  bayi anda seperti mata,telinga ,hidung,mulut,kaki dan tangan.Sungguh comel.Lebih mengujakan degupan jantung boleh didengar,bayi menguap,menghisap jari dan gerakan kaki.Itulah kecanggihan menggunakan teknologi terkini yang menggunakan imbasan ultra bunyi.

Imbasan ultra bunyi boleh dilakukan bila-bila masa sepanjang kehamilan .Bagaimanapun,secara umumnya imbasan ultra bunyi boleh dilakukan sebanyak empat kali pada tempoh kehamilan tertentu.Imbasan ultra bunyi sebenarnya menggunakan gelombang bunyi frekuensi tinggi untuk menghasilkan imej bayi dalam kandungan  pada skrin komputer.Imej imbasan bayi lebih mudah dilihat pada wanita kurus berbanding gemuk

IMBASAN AWAL KEHAMILAN ( 5 hingga 10 minggu)


  • Imbasan pada peringkat awal kehamilan boleh mengesahkan kandungan itu berlaku dalam rahim dan mengira usia kandungan.Selain itu,ia dapat mengesan pergerakan jantung bayi.Pada ketika ini juga anda boleh tahu jika mengandung anak kembar.Imbasan ini memberi kelegaan kepada bakal ibu,terutama yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan.Kantung kandungan boleh dilihat seawal empat setengah minggu kehamilan.Pada masa sama,imbasan ini dapat mengesan jika berlaku pendarahan dalam uterus.


IMBASAN NUKAL ATAU TENGKUK ( 11 hingga 13 minggu)

  • Pada ketika ini janin ada degupan jantung.Kajian menunjukkan pengukuran gelombang bunyi pada nukal (kawasan di bawah kulit tengkuk) dan keadaan tulang hidung boleh mengesahkan bayi mengalami masalah SIndrom Down.Dalam tempoh ini (11 minggu hingga 13 minggu dan enam hari) adalah masa terbaik untukmengukur translusen nukal (NT) dan mengesan kehadiran tulang hidung.Pengesahan Sindrom Down selanjutnya boleh dilakukan melalui ujian darah ibu untuk mengukur tahap dua jenis hormon.Risiko mendapat anak Sindrom Down meningkat bagi wanita yang hamil pada usia 35 tahun ke atas.Imbasan nukal dan ujian darah boleh mengesan masalah  Sindrom Down sehingga 95 peratus.
  • Untuk imbasan ini,wanita tidak melakukan persediaan tetapi disarankan tidak mengosngkan pundi kencing 30 minit sebelum imbasan.Imbasan ini biasanya mengambil masa 20 minit.


IMBASAN ANOMALI TELITI ( 18 hingga 22 minggu)


  • Ini ialah imbasan untuk melihat kecacatan atau ketidaknormalan pada bayi.Ia membabitkan imbasan seluruh badan (dari kepala ke kaki) termasuk kepala,otak,muka tulang belakang,jantung,dada,abdomen,buah pinggang,tangan dan kaki.Ketika ini juga kecacatan muka seperti bibir sumbing,spina bifida (masalah pada tulang belakang) da lubang pada jantung dapat dikesan.Bayi juga 'diperiksa'jika ada menunjukkan petanda tertentu yang biasanya ditemui pada bayi yang mengalami ketidaknormalan akibat kromosom.Doktor mengukur perkembangan bayi dan kedudukan plasenta.Tiada persediaan diperlukan dan wanita juga tidak perlu memenuhkan pundi kencing.Imbasan ini mengambil masa 20 hingga 30 minit.


IMBASAN KESIHATAN BAYI SECARA KESELURUHAN ( 26 hingga 41 minggu)


  • Kesejahteraan keseluruhan bayi boleh dikesan apabila kandungan memasuki 26 minggu.
  • Bagaimanapun,masa terbaik untuk menjalankan imbasan ini ialah antara 30 hingga 32 minggu kerana kebanyakkan masalah perkembangan bayi berlaku dalam trimester ketiga.Penilaian dibuat berdasarkan anggaran saiz kepala dan berat bayi serta jumlah air ketuban yang mengelilingi bayi.        

Terdapat 3 jenis Imbasan Ultra yang biasa digunakan untuk melihat keadaan janin didalam rahim ibu iaitu :-

1. IMBASAN 2 DIMENSI (2D)


  • 2D ( 2 dimesi) scan ialah peggunaan ultra sound mesin yang selalu digunakan pada ibu hamil untuk melihat perkembangan bayi sepanjang proses kehamilan.Ia juga menjadi rutin imbasan hitam putih diklinik biasa atau hospital.Terdapat dua jenis imbasa 2D iaitu 'growth scan' dan 2D ' detail scan'.
  • 2D ' growth scan' hanya memberi iformasi tentang perkembangan bayi yang juga dikenali sebagai imbasan biasa secara rutin di klinik kesihatan dan hospital tetapi bukan untuk mengesan fizikal kecacatan bayi.
  • Manakala 2D 'detail scan' yang lebih teliti boleh memberikan maklumat tentang kecacatan bayi sehingga 70-80% kecuali kecacatan kromosom seperti sindrom down


2. IMBASAN TIGA DIMENSI (3D)


  • Ia adalah gabungan 2D dalam isipadu (volume) oleh ultrasoud mesin.Dalam kaedah ini,gema gelombang direkodkan dan disimpan secara digital dan boleh meghasilkan gambar fetus yang kelihatan seolah -olah 'hidup' yang menghasilkan gambar statik,luaran rupa bayi anda.


3. IMBASAN EMPAT DIMENSI (4D)


  • Ultrasound 4D yang bergerak secara masa.Dengan kata lain,ia merupakan pengimbasan siaran langsung (video).Melalui kaedah ii doktor boleh melihat pergerakan ayi dalam kandungan leih jelas seperti bayi bergerak,menguap dan lain-lai dan ia lebih baik daripada imbasan 2D dan 3D tetapi peralatannya sangat mahal.


KEBAIKAN IMBASAN ULTRA
  • Imbasan  pada peringkat awal kehamilan boleh mengesahkan kandungan itu berlaku dalam rahim
  • Mengira  usia kandungan setiap trimester
  • Mengetahui jantina anak dikandug sama ada lelaki atau perempuan
  • Dapat mengesan pergerakan jantung bayi
  • Boleh tahu adakah kandugan itu anak kembar
  • Membolehkan doktor melihat kedudukan bayi dari pelbagai sudut dan orientasi
  • Boleh mengukur diameter atau keratan rentas organ yang hendak diperiksa
  • Membantu pakar sakit puan mengenal pasti ketidaknormalan pada bayi.Ini termasuk kecacatan pada muka,dada,kaki,tulang belakang dan sistem saraf tengah
  • Pengesanan masalah bibir sumbing boleh dibuat dengan mudah dan tepat
  • Doktor boleh melihat struktur tulang belakang,sebarang keganjilan tulang dan mengira bilangan tulang rusuk bayi.Masalah tulang belakang seperti spina bifida boleh dikesan seawal 10 minggu kehamilan
  • Persediaan awal dari segi mental buat ibu bapa menerima hakikat sebenar sebelum anak dilahirkan.Ini termasuk menyediakan wang untuk membolehkan anak mereka menjalani rawatab sewajarnya jika berlaku sebarang kecacatan pada bayi.
Setiap ibu bapa pasti ingin melihat jantina bayi mereka.Ini bagi memudahkan mereka untuk melakukan persiapan seperti pakaian,tempat tidur dan sebagainya mengikut jantina di dalam rahim ibu.Pasti ia sesuatu yang menyeronokkan bagi pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata.

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment