27 Jan 2015

Antara Amalan Ketika Hamil.

Salam bersiaran semua,

Ketika ibu hamil sedang mengandung amatlah disarankan setiap ibu hamil mengamalkan amalan yang disarankan oleh Islam.Setiap amalan ini mesilah berlandaskan Islam.

Disini ida kongsikan sedikit perkongsian mengenai amalan-amalan yang boleh diamalkan oleh ibu hamil sepanjang tempoh kehamilan mereka.

Antara amalan yang disarankan ketika hamil ialah:

1. Banyakkan bertaubat

  • Memohon ampun akan dosa2 yg telah kita lakukan sebelum ini, semoga anak yg bakal lahir itu nanti menjadi anak yang bertaqwa. Perbanyak syukur kepada Allah swt atas kenikmatan ini agar Allah swt menambah nikmat-Nya dengan anugerah anak yang shalih.


2.  Lakukan proses tarbiyah (pendidikan) anak sejak dalam kandungan

  • Iaitu dengan cara mengajari janin melalui perilaku dan perbuatan ibu dan suami dalam rumah tangga. Insyaallah bila ibu dan suami rajin menjaga solat tepat waktu, membaca Al Quran, dzikir pagi danpetang, dan berbagai ibadah lainnya akan memberi pengaruh positif bagi janin.


3. Menutup Aurat


  • Sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran Islam. Agar hidup mendapat keberkatan.

















4. Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran:



  • Surah AlFatihah ( Untuk terang hati dan kuat ingatan)
  • Surah Yaasin ( untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
  • Surah Taubat ( Untuk membersih jiwa dan tidak terlibat dengan maksiat)
  • Surah Maryam (untuk mudah bersalin-anak soleh dan taat)
  • Surah Yusof (utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna).
  • Surah Luqman (utk mendapatkan anak yg taat)
  • Surah An-Nahl ayat 78 (Untuk melahirkan anak yang berdisiplin).
  • Surah Al-’Araaf ayat 189


5.  Perbanyak doa kepada Allah SWT.

-Antara doa yang boleh diamalkan

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا، رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ،

“Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami, pasangan-pasangan kami, dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. “Ya Allah, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.”

اللًّهُمَّ اجْعَلْهُ مُسْلِماً مُؤْمِناً مُحْسِناً مِنْ الْعِبَادِ الصَّالِحِيْنَ، اللًّهُمَّ أَنْتَ خَلَقْتهُ وَسَوَيْتَهُ وَنَفَخْتُ فِيْهِ الرُّوْحُ وَ أَسْكِنِ التَّوْحِيْدِ فِي قَلْبِهِ ، اللًّهُمَّ احْفَظْ لَهُ دِيْنَهُ وَعِرْضَهُ وَ عَقْلَهُ وَ بَدَنَهُ، اللًّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى تَرْبِيَتِهِ كَمَا تُحِبُّ وَ تَرْضَى.

“Ya Allah, jadikanlah (janin ini) seorang muslim, mukmin, dan muhsin sebagai bagian dari hamba-hamba-Mu yang shalih. Ya Allah, Engkau menciptakannya, Engkau sempurnakan ciptaannya, Engkau tiupkan ruh padanya, dan tanamkan tauhid dalam hatinya.Ya Allah, jagalah agamanya, jagalah kehormatannya, jagalah akalnya, dan jagalah badannya,Ya Allah, bantulah aku (agar mampu) mendidiknya sesuai dengan yang Engkau cintai dan Engkau ridhai.”

5.   Menjaga Emosi

  • Penting bagi ibu menjaga emosi dengan baik, tidak mudah marah misalnya, menjaga lisan dengan menghindari kata-kata yang tidak tepat, juga menjadi bagian penting dalam tarbiyah anak.


6. Menjaga Rezeki

  • Penting untuk kita mencari rezeki yang halah, dan bukan dari pendapatan yang haram.


Perkara-perkara yang perlu dielakkan oleh suami isteri ketika isteri mengandung:-


  1. Elakkan mengidam makanan yang tidak baik
  2. Elakkan makan dan minum makanan yang haram dan dari sumber yang haram,
  3. Elakkan makanan yang berbisa seperti ikan pari,ikan sembilang,nanas,tapai dan lain-lain.
  4. Suami harus elakkan daripada melakukan perkara yang menyedihkan atau merungsingkan isteri
  5. Elakkan penampilan yang tidak menarik di depan suami
  6. Elakkan maksiat dan kemungkaran terhadap Allah s.w.t
  7. Jauhi pertuturan yang negatif
  8. Jauhi membuka aurat
  9. Jauhi amalan khurafat
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua ibu hamil diluar sana ye.


Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment