3 Jan 2015

6 Tips Penting buat Suami ketika Isteri Hendak Bersalin.

Salam bersiaran semua,

Bagi setiap ibu hamil fasa ketika hendak melahirkan zuriat yang dikandung selama 9 bulan 10 hari adalah satu saat yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Pelbagai perasaan dirasai bagi setiap ibu hamil.Itu saat dimana seorang ibu akan bekerja keras bagi memastikan zuriat yang dikasihi selamat lahir ke dunia ini.

Ketika fasa hendak bersalin buat si isteri kehadiran suami di sisi adalah amat diharapkan.Ini kerana hanya suami yang dapat menyuntik semangat buat isteri yang sedang berperang dengan kesakitan untuk melahirkan zuriat tercinta.

Disini ida kongsikan 6 perkara yang boleh dilakukan oleh suami buat isteri yang sedang menanti detik untuk melahirkan zuriat yang dikasihi.




1)SENTIASA BERADA DI SISINYA


Pada saat ini,isteri sangat memerlukan sokongan anda.Oleh yang demikian,sentiasalah berada disisnya.Pada masa ini,anda boleh memberikan kata-kata semangat dan meuahkan perasaan kasih sayang terhadapnya sebagai tanda menghargai pengorbanan sepanjang tempoh kehamilan dan proses bersalin yang telah dilakukannya.Ucapan semangat dan keyakinan daripada anda sudah tentu amat bermakna buat si isteri sebagai dorongan untuk melalui saat-saat getir bersalin.

2)MEREDAKAN KESAKITAN

Kehadiran suami disisi isteri sedikit sebnayak dapat meredakan kesakitan yang ditanggung olehnya walaupun anda hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau menggenggam tangannya.Kesakitan yang dialami isteri juga boleh anda kurangkan dengan mengelap wajahnya setelah berpeluh menahan konyraksi atau memberinya minum jika dibenarkan oleh doktor.Dengan yang demikian,isteri anda pasti berasa lebih segar dan secara tidak langsung boleh mengurangkan kesakitan yang dihadapi.

3)TEMAN BERJALAN

Gambaran yang biasa dipaparkan oleh drama atau filem tidak sama seperti realiti.Proses bersalin lazimnya memakan masa yang panjang.Lebih-lebih lagi bagi and ayang bakal menimang cahaya mata sulung.
Jadi,penuhi masa luang yang anda berdua miliki di bilik bersalin dengan menemani isteri berjalan-jalan di sekitar kawasan berhampiran.Apatah lai,aktiviti berjalan dipercayai dapat membantu mempercepatkan proses kelahiran bayi.

4)TENANG DAN FOKUS

Ketika sakit bersalin,isteri anda akan mula hilang daya tumpuan,berasa gementar dan mindanya tidak semena-mena ligat memikirkan hal-hal yang buruk.
Kesemua ini boleh mendatangkan auranegatif yang secara tidak langsung boleh menyukarkan perjalanan proses bersalin.
Peranan yang perlu anda mainkan ketika ini ialah cuba menenangkan si isteri dengan memberikan kata-kata semangat,berbual-bual tentang perkara yang menggembirakan atau seumpama dengannya.Selain daripada itu,anda digalakkan membacakan ayat-ayat al-quran terutamnaya ayat-ayat khas untuk wanita mudah bersalin agar isteri anda kekal tenang tatkala mendengar alunan bacaan ayat-ayat suci al-quran oleh anda.

5)KAWAL DIRI

Saat-saat menanti kelahiran anak sangat mendebarkan.Sama seperti isteri, anda juga perlu belajar cara untuk mengawal diri.Sewaktu isteri mengerang kesakitan kesan kontraksi yang dialami,anda perlu bertenang agar tidak panik berlebihan dan menjalankan peranan dan tanggungjawab untuk membantu isteri mengawal dirinya  dari mengurangkan rasa sakit yang dialami.
Lakukan langkah-langkah yang pernah anda berdua pelajari dikelas antenatal seperti yang telah dikongsi doktor.Antaranya ialah senaman pernafasan yang ternyata bagus untuk isteri yang bertarung kesakitan.

6)JANGAN AMBIL HATI

Apabila isteri mula mengalami kontraksi,anda seharusnya perlu tahu bahawa dia akan mula mengalami kesakitan untuk tempoh waktu tertentu.Saat itu,emosinya mula terganggu dan menjadi tidak stabil.Kadang kala dia mudah marah,kerap merungut dan seumpamanya.
Oleh yang demikian,anda dinasihatkan untuk tidak mengambil hati dengan sikap isteri yang bersifat hanya sementara itu,Anda harus ingat bahawa isteri anda sedang menahan kesakitan untuk bersalin. Mungkin di awal proses kontraksi,urutan menenangkannya tapi dihujung kontraksi,isteri tidak mahu sebarang sentuhan malah mungkin meninggikan suara.Jangan ambil hati kerana itu adaah  kesakitan dan emosi yang bercakap.Perhatikan perubahan pada isteri dan ikut sahaja.

Itu antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh suami ketika isteri sedang berperang kesakitan untuk bersalin.Peranan seorang suami di sisi isteri memang amat bermakna.Semoga perkongsian yang sedikit ini memberi paanduan kepada suami mahupun isteri yang bakal menimang cahaya mata.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan supplemen Shaklee boleh hubungi ida Pengedar Sah Shaklee anda:-


Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

1 comment: