17 Sept 2013

Shaklee Collagen Powder

Salam ceria semua,

Hari ni ida nak kongsi info tentang Shaklee Collagen Powder
Salah satu produk yang menjadi kegilaan untuk sesiapa yang ingin kelihatan cantik
Jomkita bagi info dibawah ni ye
Bagi semua jatuh cinta dengan Shaklee Collagen Powder ini ye


Kandungan utama Shaklee Collagen Powder

Kandungan utama collagen shaklee adalah dari  sisik ikan merah, iaitu salah satu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi  dan pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan yang lain.

6 lagi kandungan tambahan dalam Shaklee Collagen Powder ini iaitu:-

*Ekstrak Kerang-kerangan
- Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata,

*Elastin dari kolagen ikan
 - Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal.

*Lactobasilus Acidophilus
 - Sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaan semulajadi sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen.

*Ekstrak Pfaffia 
- Pfaffia juga digelar sebagai Ginseng Brazil yang bila digabungkan dengan ekstrak biji benih Camellia Japonica, dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan mebuatkan kulit lembut, lembap dan rata.

 *Ekstrak biji benih Camellia Japonica
 - Mengandungi asid oleik, sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi. Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas.

*Vitamin C dan Vitamin B
 - Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi yang melawan radikal bebas dan merosakkan kulit kita. Vitamin-Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk mengahsilakan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel.

Istimewanya Collagen Powder Shaklee

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal)

Shaklee Collagen Powder ini berbentuk serbuk yang mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran. I kotak mengandungi 15 sacet di mana setiap sacet mengandungi 15mg.
Jangkamasa penggunaan sekotak Shaklee Collagen Powder ini adalah selama 15 hari dimana disarankan sehari sepeket penggunaannya bagi kesan yang optimum.

Shaklee Collagen Powder ini boleh dicampur dengan seabarang minumman kegemaran.Diambil sebaiknya pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan semula kulit.Juga boleh dibancuh bersama dengan ESP dan Melashakes Shaklee


Shaklee Collagen Powder ini sesuai diambiloleh:-


  1. Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.
  2. Gusi yang tidak sihat
  3. Rambut kering dan bercabang di hujung
  4. Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering
  5. Garis halus pada leher
  6. Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
  7. Payudara dan punggung kelenturan
  8. Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
  9. Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan


Kebanyakan kandungan collagen powder shaklee adalah sesuai untuk ibu menyusu. Jika anda dan bayi anda boleh terima supplement alfalfa, bermakna collagen powder juga insyaaAllah tidak menjadi masalah. Malah ada yang beritahu setelah mengambil collagen, susu mencurah2 dan anak asyik nak menyusu. Jika tidak pernah menggunakan alfalfa, boleh juga menggunakan rules of 4 days. Iaitu cuba ambil collagen sealma 4 hari  berturut2 jika tiada kesan keapda bayi dan anda, bermakna anda boleh teruskan pengambilan. Tetapi satu yang pasti, kandungan collagen adalah semulajadi.

Shaklee Collagen Powder ini memang terbukti berkesan untuk memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Mengikut hasil kajian, dengan penggunaan Shaklee Collagen Powder selama 8 minggu ( 4 kotak), keputusannya positif , iaitu berlaku peratusan peningkatan kepada kulit dari segi :

90% meningkatkan kelembapan 
75% mengurangkan kekasaran & kekeringan
71% meningkatkan dalam penampilan keseluruhan
69% meningkatkan kelembutan dan kelicinan
60% meningkatkan pemakaian kekal mekap
55% meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti
54% meningkatkan ketebalan rambut
50% meningkatkan keserian dan tona kulit 
mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.

0 comments:

Post a Comment