Salam ,
Perkongsian info buat ibu-ibu yang bakal melahirkan cahaya mata
URUTAN PERINEAL
Urutan yang dilakukan pada bahagian perinium amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran.Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu diantara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke 34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan
Sebelum melakukan rutin urutan,pastikan jari anda benar-benar bersih.Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu berasaskan sumber bahan semulajadi.Antaranya minyak kelapa dara ,minyak zaitun dan lain-lain.Dalam pada itu ,elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum.Namun,anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
SENAMAN KEGEL
Senaman ini baik untuk menjadikan otot vigina lebih anjal.Dengan yang demikian,otot berkenaan boleh mengembang dengan lebih baik apabila tiba proses kelahiran.Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot rahim.
Menariknya senaman ini boleh dilakukan dimana sahaja tanpa perlu orang lain mengetahuinya.Antara teknik senaman kegel yang boleh anda lakukan ialah menahan air kencing separuh jalan dan kira sampai 10 dan kemudian dilepaskan bakinya
TEKNIK PERNAFASAN
Di minggu-minggu terakhir kehamilan,anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara tetap seperti berjalan-jalan selama 30 minit selepas makan malam sambil berlatih melakukan teknik pernafasan yang bakal anda aplikasikan ketika dalam proses pelahiran.Ketahuilah,teknik pernafasan amat penting untuk dikuasai keran ia dapat membantu ketika anda menahan sakit dan sewaktu proses meneran
TIDUR MENCUKUPI
Sudah menjadi kelaziman bagi wanita hamil mengalami kesukaran untuk tidur pada minggu-minggu akhr kehamilan.Biarpun begitu anda dinasihatkan untuk memastikan tidur adalah mencukupi.Hal ini sangat penting untuk memastikan anda kekal bertenaga semasa melahirkan nanti.
KEADAAN SELESA
Ketenangan fikiran dan kemantapan mental serta emosi sangat penting.Proses pelahiran akan berlangsung dengan lanca sekiranya anda berada didalam keadaan selesa.Apatah lagi,keadaan yang tergopoh gapah akan meyebabkan proses kelahiran memakan masa yang lama.Sikap yang tenang dan selesa dapat menghindarkan anda daripada menerima apa-apa jua jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep.Oleh itu,cuba tenangkan diri sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital
TEMAN KUAT SEMANGAT
Apa yang paling penting dalam memudahkan kelahiran bayi ialah skongan daripada yang tersayang.Di waktu anda perlu berhadapan dengan segala tekanan untuk melahirkan keberadaan suami disisi pasti dapat mengurangkan serba sedikit tekanan yang dialami.Namun,suami perlulah mempunyai semangat yang kental agar dia mampu memberi sokongan ketika anda berhadapan sengan kesakitan untuk melahirkan bayi.
Selain daripada itu ,anda bolehmeminta ibu atau ahli keluarga yang lain untuk menemani.Oleh yang demikian,ada baiknya untuk anda menetukan siapa yang bakal menemani didalam bilik bersalin nanti.Malah pilihan kedua selain daripada suami perlu ada agar anda tetap ada peneman jika tiba masanya nantu suami menghadapu masalah seperti takut darah ,lemah semangat dan lain-lain.
PENGGUNA GRAVITI
Amalan sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran.
Malah,jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak.Keadaan sebegini berupaya membantu bayi masuk ke saluran peranakan dengan betul.Oleh kerana itulah,anda tidak disarankan untuk hanya berbaring di atas katil.Adalah lebih baik anda berjalan-jalan disekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi "turun" sekali gus mempercepatkan proses pelahiran.
BARING MENGIRING KEKIRI
Amalan sebegini juga amat diyakini mampu memepercepatkan bukaan serviks.Berbaring mengiring kekiri adalah lebig baik daripada berbaring terlentang kerana posisi ini akan memberi sedikit tekanan kepada bayi untuk membantunya menolak "keluar" dengan cepat.
MAKANAN SECUKUPNYA
Pastikan apabila sudah mendekati terikh jangkaan bersalin,anda makan secukupnya.Ini sangat penting bagi memastikan anda mempunyai tenaga untuk proses meneran.Sekiranya tiada selera makan,banyakkan makan kurma kerana ia berupaya memberi tenaga tambahan kepada tubuh badan.
INFO:
Proses meneran hanya boleh dilakukan apabila pembukaan mulut rahim sudah sempurna iaitu 10sm
TIPS UNTUK AYAH
Sentuhan suami dapat mengurangkan kesakitan sepanjang proses bersalin.Tangan suami amat berguna ketika itu.Oleh yang demikian ,si ayah perlu belajar beberapa teknik asas urutan.Bagi mengelakkan tangan letih mengurut ,sediakan beberapa bole tenis yang dimasukkan ke dlaam stoking bagi membolehkan ia digolekkan dibahagian belakang anda
0 comments:
Post a Comment