Perkongsian buat ibu-ibu yang sedang mengandung
Sekiranya sejak daripada awal anda mengamalkan senaman khusus bagi ibu hamil,sudah pasti tahap kesihatan diri ada pada tahap yang memuaskan.Ketahuilah bahawa,diri yang sentiasa sihar dan cergas membantu anda lebih bertenaga untuk mengharungi proses kelahiran.
Sememangnya terdapat beberapa jenis senaman yang boleh anda amalkan.Biarpun begitu ,berikut adalah antara senaman yang boleh membantu anda memudahkan kelahiran.Anda sangat disyorkan untuk mengamalkan senaman-senaman ini dibulan akhir kehamilan.
PELVIC ROCK
- Posisikan diri anda dalam keadaan seperti merangkak.Pastikan perut dan bahagian belakang badan rata
- Naikkan perut dan belakang anda seperti posisi ke dua.Tunggu beberapa saat
- Rehatkan perut anda semula dengan meratakan kedudukan perut dan bahagian belakang
- Ulangi langkah ini beberapa kali.Sebaik-baiknya sebanyak 10kali
<KEBAIKAN>
- Meregang otot-otot dibahagian bawah belakang
TAILOR SITTING
- Duduk diatas lantai.Pastikan bahagian belakang badan anda tegak.
- Temukan kedua-dua tapak kaki dan pada masa yang sama turut mencecah lantai.Ketika ini anda akan dapat rasakan regangan pada bahagian dalampaha
- Anda disarankan untuk melakukan senaman ini setiap kali duduk dilantai.Jika mengalami kesukaran untuk duduk dalm kedududkan sebegini,bersandarpada dinding dan alas kedua-dua belah paha dengan bantal atau kusyen.
<KEBAIKAN>
- Meregang otot dibahagian paha dan pelbis.
- Memperbaiki postur badan
- Melembukan sendi pelvis
- Memperbaiki peredaran darah kebahagian bawah badan
WALL SLIDE
- Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding
- Jarakkan kaki dengan anggaran jarak bahu anda
- elongsor badan kebawah sehingga anda berada dalam posisi seperti duduk diatas kerusi.Tahan untuk beberapa saat
- Naik semula ke atas
- Ulangi langkah ini beberapa kali.Seelok-eloknya 10 kali
<KEBAIKAN>
- Membantu membuka laluan serviks dengan lebih cepat
- Menguatkan otot peha
SQUAT
- Berdiri membelakangi kerusi sambil kedua-dua belah tangan memegang kerusi berkenaan
- Jarakkan kedua-dua belah kaki tetapi pastikan kedudukan anda stabil
- Turunkan badan kebawah sehingga seolah-olah sedang duduk diatas kerusi.Tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembus perlahan-lahan
- Tolak kaki ke atas untuk berada dalam posisi berdiri semula
- Ulangi langkah ini sehingga 10kali
<KEBAIKAN>
- Membantu meregang otot pelvis
- Memguatkan otot peha
SENAMAN KAGEL
- Senaman ini harus diamalkan oleh setiap wanita hamil.
- Jika sering diamalkan ia membantu menguatkan otot pelvis bagi melancarkan proses kelahiran terutamanya semasa meneran.
- Tambahan lagi,ia dapat mengurangkan risiko koyak pada perinium.
- Malah ia baik untuk terus diamalkan ketika anda menjalani rawatan selepas bersalin kerana dapat memperbaiki otot pelvis.
- Untuk itu ,anda perlu selalu mengemut otot faraj seperti menahan air kencing selama dua hingga tiga saat.kemudian lepaskan perlahan-lahan dan rehat sebentar.
- Setelah itu lakukannyapada bila-bila masa yang diingini dan dimana-mana jua lokasi yang bersesuaian
0 comments:
Post a Comment