Ini apa yang perlu diketahui oleh bakal-bakal bergelar ibu ye
Dan untuk tambah ilmu pengetahuan ida gak
Kehadiran cahaya mata merupakan detik membahagiakan.Namun,ada segelintir wanita menghadapi tekanan emosi sehingga boleh menjejaskan bunga-bunga bahagia yang sedang mekar.Ramai yang tidak menyedari bahawa tempoh sepanjang penjagaan selepas bersalin adalah sangat penting untuk dititikberatkan.Jika tekanan yang dialami tidak diatasi sewajarnya,wanita terbabit mungkin boleh menderita seumur hidupnya.
Dianggarkan sehingga 85 peratus wanita mengalami gangguan perasaan selepas bersalin.Namun begitu,kebanyakkanya hanya mengalami gangguan pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan serta tidak membahayakan serta tidak memerlukan rawatan perubatan.Selebihnya,terdapat segelintir wanita boleh mengalami gangguan perasan yang lebih mendalam dan berpanjanga.
Didalam bidang perubatan,gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada tiga peringkat mengikut tahap keseriusannya iaitu postpartum blues,postpartum depression dan postpartum psychosis.
Pospartum blues adalah masalah perubahan emosi yang normal dan tidak serius.Masalah ini memang kerap berlaku kepada wanita selepas bersalin.Perubahan emosi ini memuncak pada hari ketiga hingga ke lima selepas bersalin.Namun,ia akan berkurangan selepas lebih kurang 10 hari bersalin dan akhirnya emosi kembali seperti sediakala.
Gejala kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression pula adalah gangguan psikologi yang biasanya memerlukan individu terbabit mendapatkan rawtan daripada doktor pakar.Kemurungan yang dialami lebih teruk dan boleh mendatangkan kesan buruk kepada ibu dan bayi yang baru dilahirkan.Difahamkan masalah ini boleh berlaku dikalangan satu bagi setiap lapan orang ibu yang melahirkan anak ataupun 10 hingga 20 peratus dikalangan ibu yang sedang hamil.
Dalam pada itu,pada bulan pertama sehingga selepas setahun kelahiran anak.Kemurungan juga boleh berlaku selepas wanita mengalami keguguran atau kematian bayi didalam kandungan.Ketahuilah,ibu yang murung selepas bersalin akan mengalami perubahan emosi yang lebih teruk dan lebih lama berbanding perubahan emosi pada tahap postpartum blues.
Sementara itu,psikosis selepas bersalin atau postpartum psychosis yang turut dipanggil gila merayon merupakan peringkat paling teruk.Perlu anda ingat bahawa masalah ini sangat jarang berlaku kepada wanita selepas bersalin.Malah,ia juga berbeza daripada masalah psikosis biasa yang berlaku kepada masyarakat umum.Hal ini kerana masalah yang dialami mempunyai kaitan dengan proses bersalin yang dilalui penghidapnya.
Dikalangan 1000 orang ibu yang melahirkan satu hingga dua orang boleh diserang psikosis selepas bersalin.Biasanya,ia bermula tiga hingga limahari selepas bersalin dan dua pertiga daripada pesakit mendapat psikosis dalam dua minggu pertama selepas melahirkan.
Gejala psikosis selepas bersalin bole berlarutan sehingga satu hingga dua tahun selepas bersalin.Ia bermula dengan gangguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang.Psikosis berlaku apabila individu berkenaan mempunyai perasaan bercelaru,merepek dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima akal.Oleh sebab emosinya tidak stabil dan berubah-ubah,ibu mudah menjadi murug atau sedih melampau dan sering menangis
PANDUAN ELAK MEROYAN
- Bagi mengurangkan masalah tersebut,pelajari dan fahami tanggungjawab sebagai ibu bapa daripada kawan-kawan,keluarga atau bahan-bahan bacaan sejak sebelum mengandung lagi.
- Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami.Ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika berasa tertekan dengan sesuatu perkara sewaktu dalam proses jagaan selepas bersalin'
- Dapatkan pembantu rumah.Sebaik-baiknya dapatkan pembantu rumah yang boleh menguruskan kerja-kerja seharian dan pada masa yang sama boleh membantu menjaga bayi baru lahir memandangkan keadaan anda yang masih lemah.
- Rehat yang mencukupi adalah penting.Ambil udara segar dihalaman rumah walaupun anda sedang menjalani rutin jagaan selepas bersalin
- Tidur sewaktu bayi tidur.Sekiranya tidak berupaya untuk melelapkan mata ,cukuplah sekadar berehat dengan berbaring dikatil tanpamemikirkan apa-apa jua perkara yang boleh menimbulkan kebimbangan.
- Pengambilan diet.Pemakanan yang berkhasiat juga penting dititikberatkan untukkembali cergas.Elakkan diri daripada tidak makan untuk tempoh masayang panjang.Langkah ini membantu tahap gula dalam darah anda menurun.Malah,makanan seimbang dapat menghindarkan diri anda daripada menjadi letih dan tidak bertenaga
- Lakukan senaman ringan.Senaman membantu anda berasa lebih cergas secara fizikal dan mental.Hanya dengan berjalan-jalan dikawasan sekitar halaman rumah pun sudah mencukupi
- Bersikap realistik.Ketika dalam tempoh jagaan selepas besalin,anda seharusnya menitikberatkan aspek kesihatan diri dan pada masa yang sama belajar teknik menguruskan bayi dengan betul.Namun,jangan bebankan diri dengan perkara-perkara yang sukar dilaksanakan.Apa yang penting anda perlu seronok dengan pengalaman baru ini.
0 comments:
Post a Comment