26 May 2014

14 tips menarik bagi ibu menyusu untuk menjalani ibadah puasa dengan jayanya walaupun menyusukan si manja

Salam dan Selamat Sejahtera,

Menyusukan bayi ketika berpuasa adalah satu keadaan yang agak mencabar bagi ibu menyusu.Ini kerana ibu menyusu perlu memastikan tenaga yang mencukupi untuk berpuasa disamping menyusukan si manja.

Jadi bagi ibu menyusu mereka perlu mempersiapkan diri untuk berpuasa sambil menyusukan si manja mereka di bulan puasa.Disini ida ingin kongsikan beberapa tips bagi ibu menyusu yang boleh dipraktikkan ketika berpuasa.

Sebelum itu, kita kenal pasti dulu tanda-tanda badan kita kekurangan air atau dehidrasi;

  1. Rasa nak pitam. Terutama selepas menyusukan bayi ataupun selepas mengepam.
  2. pening kepala dan rasa nak demam ataupun nak pitam.
  3. Rasa loya dan seakan nak muntah.
  4. Rasa lemah dan sakit segala otot.
  5. Aie kencing menjadi pekat dan berbau.
  6. Rasa mengigil.
  7. Mudah marah dan cepat naik angin serta mudah stress.
  8. Bagi ibu hamil, pergerakkan bayi tidak normal. bayi kurang bergerak.
  9. Berlaku kontraksi.


Tips dan panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi;

1- Banyakkan minum air kosong. 2-3 liter sehari adalah sangat penting buat ibu yang menyusukan bayi. Seeloknya sediakan satu bekas minuman khas yang kita boleh sukat berapa banyak kuantiti air kita minum. Minum air kosong bermula dari waktu berbuka hinggalah ke waktu imsak ke esokkan pagi nya.

2- Jangan skip sahur. Perlu bangun makan sahur kerana makanan yang kita makan ketika bersahur membekalkan tenaga sepanjang hari kepada kita. Lagipun, bersahur kan sunat :)

3- Makan banyak buah-buahan, sayuran, sup dan makanan berkuah. Tetapi, elakkan dari makan terlalu kerap makanan yang bergula dan bergaram. Kerana,  ia akan menyerap lebih banyak air yang ada pada tubuh kita.

4- Paling utama, sebelum mula berpuasa..kita perlu pasang niat dan memohon dari Allah agar di permudahkan urusan serta niat baik kita menyusukan bayi kita.

Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”

5- Berbuka puasa dengan makanan yang kaya dengan protien, glukos dan cecair.

6- Makan banyak kurma. Erna, akan bersahur 3biji kurma. Berbuka pun 3biji kurma.

7- Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat. Maksud disini, kalau boleh..pastikan ambil nasi dalam portion pinggan sihat setiap hari. Jangan tak makan nasi pula ye..

8- Kerapkan menyusu bayi. Jika anda ibu bekerjaya, perlu pam susu sekerap yang boleh ataupun ikut jadual mengepam biasa di tempat kerja.

9- Seeloknya bangun awal sebelum bersahur untuk pam susu. Kemudia, makan kurma dan bersahur serta minum banyak air sebelum waktu imsak.

10- Sebelum menjelang bulan puasa, adalah sangat-sangat di galakkan untuk mengumpul stock susu sebagai persediaan awal sebelum menjelang Ramadhan. Set Mighty Tripple Gem memberikan tenaga berpanjangan sepanjang hari =)

11- Kenal pasti milk booster anda sebelum mula bulan puasa dan sepanjang berpuasa boleh kerap ambil milk booster anda. Milk booster adalah berbeza mengikut individu. Boleh juga cuba Milk Booster Budget.

12- Banyakkan berzikir Ya Wahab dan elakkan tekanan. Sentiasa berfikiran positif serta ceria.

13- Bawa bekalan air masak ketika pergi terawih dan minum air setiap kali selesai 2rakaat solat tarawih.

14- Jika perlu, ambil suppliment untuk memastikan badan sentiasa bertenaga, mood sentiasa ceria dan production susu sama malah lebih lagi dari sebelum berpuasa.

Ini antara tips yang ida kongsikan buat semua ibu menyusu dan semoga tips ini bermanfaat kepada semua ibu menyusu ye.


0 comments:

Post a Comment