Hari ini ida nak tulis sikit entri mengenai penyakit meningokokal.Pasti ada yang pernah dengar dan pasti ada juga yang tidak pernah di dengarkan.Jadi hari ini jom kita tambah ilmu pengetahuan kita agar kita sebagai ibu bapa akan bertindak cepat jika berlaku sesuatu simptom pelik kepada anak kita.
Credit : Berita Harian 27 Ogos 2013
Disebabkan cetek pengetahuan mengenai nama dan jenis penyakit sebilangan ibu bapa terpaksa menerima padah apabila bayi yang tidak tahu melahirkan rasa sakit maut hanya dlam tempoh 24 jam
Nama penyakit meningokokal memang agak asing dan jarang didengar.Bagaimanapun natijah penyakit ini begitu cepat meragut nyawa penderita terutama kanak-kanak yang kurang daya ketahanan diri terhadap penyakit
Apa itu meningokokal?
- Ia adalah jangkitan pada membran yang menyelaputi otak dan tulang belakang serta saluran darah
- Jangkitan ini boleh juga berlakukepada sesiapa sahaja kerana ia mudah tersebar dikawasan yang sesak dan berhabuk
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan 500,000 kes penyakit meningokokal dengan kira-kira 50,000 kematian setiap tahun di seluruh dunia.Sebanyak lima hingga 10 peratus daripada pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas gejala atau simptomnya dikenal pasti.
- Justeru dengan banyak jenis penyakit dan sesetengah namanya agak asingmembuatkan ibubapa sukar memahami apakah penyakit berkenaan lantas mengambil sikap sambil lewa dan tidak mengambil tahu.
- Petua kesihatan yang mudah untuk mengenali gejala penyakit membuatkan pengesanan awal dapat dijalankan segera.
- Baru-baru ini,bertempat di ibu kota,perasmian sejenis vaksin baru dan inovatif membolehkan tubuh bertindak melawan jangkitan meningokokal diadakan diisi dengan panduan mengesan gejala klasik penyakit itu.
- Pakar Perunding Kanak-Kanak dan Neonatologi,Hospital Pakar Damansara ,Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata jangan ambil remeh dan semua orang perlu tahu apa gejala penyakit berkenaan.
- Sekiranya anda atau anak ditumbuhi ruam sewajarnya berwaspada kerana itu adalah antara gejala awal dan mudah sebagai petunjuk menghadapi meningokokal,sekiranya lewat dirawat ia berkemungkinan boleh meragut nyawa.
Kenal Pasti Ruam
Katanya untuk mengenal pasti ruam itu berbahaya atau sebaliknya ialah dengan mengambil segelas air kosong dan letakkan pada bahagian ruam seperti lengan kemudian perhatikana jika ruam bersifat rata sahaja ia mungkin ruam biasa.
"Jika ruam timbul jangan berlengah kerana ianya antara gejala penyakit berbahaya ini.Kini vaksin perlu bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk mengelak berjangkit kepada orang lain.
Dr Musa berkata,ibu bapa perlu memastikan anak menikmati kehidupan yang bebas daripada sebarang gejala penyakit itu untuk mengelak risiko lebih parah.
" Ini kerana sistem ketahanan badan bayi masih rendah dan tidak tahu bagaimana menunjukkan kesakitan sebaliknya hanya boleh dikesan oleh ibu bapa mereka
"Paling menggerunkan ,hampir setiap orang ,termasuk mereka yang sihat berisiko menghadapinya kerana bakteria ini mudah tersebar melalui udara apatah lagi meudah merebak dala persekitaran sesak.Oleh itu,bagi mengelak dijangkiti,individu mestilah dilindungi denagna suntikan vaksin bagi membina antibodi yang kukuh," katanya.
Mengulas lanjut,katanya meningitis menigokokal boleh menyebabkan kerosakan otak yang teruk dan mengakibatkan kematian jika ia tidak dirawat segera.Walaupun penyakit didiagnosis awal dan rawatan sepatutnya sudah dimulakan.
Mudah Dijangkiti
Penyakit ini mudah untuk dijangkiti kerana bakteria boleh tersebar melalui udara atau sentuhan secara langsung dengan penghidapnya.
Miningitis mudah berjangkit secara langsung melalui titisan rembesan salur pernafasab dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti
Melalui salur pernafasan ia memasuki saluran darah dan akan menyebabkan septisemia (keracunan darah) yang teruk dan akan terus ke otak seterusnya menyebabkan berlakunya meningitis
Tempoh pengeraman bakteria ini secara puratanya selama empat hari tetapi boleh berkisar diantara dua hingga 10 hari.
Oleh itu gunakan masa yang ada dengan menjalankan rawatan dan diagnosis
"Penyakit ini boleh membawa maut hanya dalam masa 24 jam.Namun,dlam masa enam jam pertama ,gejala awal penyakit ini tidak spesifik cuma akan mengalami demam ,muntah,hilang selera makan,kurang penyusuan (bagi bayi),sakit kepala,sakit tekak dan gelisah atau cepat marah,"katanya
Gejala awal itu agak sukar untuk mengesan penyakit ini kerana tandanya hampir sama dengan penyakit lain.
Selepas 13 hingga 15 jam akan berlaku ruam berdarah,sakit leher dan rasa tegang.Situasi ini dipanggil gejala klasik.
Jika dalam tempoh 16 hingga 22jam pula,ia digelar gejala lewat dan pada tahap itu mangsa menghampiri maut yang sebelumnya boleh menyebabkan mangsa berasa amat gelisah dan koma.
Dengan gejala tahap dilalui dalam tempoh 24 jam ia boleh meragut nyawa insan tersayang seperti bayi kerana mereka tidak tahu cara meluahkan rasa tidak selesa dan sakit
Pencegahan dengan Vaksin
Justeru,peka terhadap kesihatan umum,Sanofi Pasteur Malaysia melancarkan Menactra yang dipercayai sesuai dan mebantu menentang penyakit berbahaya ini.Vaksin ini boleh diambil oleh bayi berusia sembilan bulan ke atas
Vaksin ini dikatakan berupaya menentang meningokokal dan vaksin konjugat inidihasilkan untuk mencegah penyakit di Malaysia
Vaksin Menctra menawarkan perlindungan terhadap empat daripada lima kumpulan paling biasa bakteria yang meneybabkan jangkitan meningkokus seperti A,C,Y dan W-135.
Ketua Vaksin Sanofi Pasteur Malaysia,Singapura dan Brunei ,Eric MAnsion berkata Sanofi Pasteur sudah menjadi perintis dan berpengalaman dalam pembangunan vaksin meningokokus lebih dari 4 dekat.
"Syarikat kami adalah yang pertama memperkenalkan vaksin meningokokus yang menawarkan perlindungan terhadap kumpulan A dan C pada awal 1970.
Kami berbangga untuk meneruskan legasi kamo berada di barisan hadapan dalam pencegahan penyakit ini menerusi pelancaran Menactra di Malaysia,"Kata nya.
Tanda Meningokokal
- Demam,menggigil,perubahan mental,loya dan muntah,lebam,ruam bintik merah (petechiae),sensitif pada cahaya (fotofobia),sakit kepala yang teruk serta sakit tengkuk (meningismus)
- Serangan secara menegjut berlaku iaitu pasakit mungkin mengalami masalah sistem saraf yang berkekalan ,termasuk hilang pendengaran,buta mudah lupa,bisu,lumpuh ,kurang upaya dalam pembelajaran dan sebagainya
- WHO menganggarkan lebih 500,000 orang dijangkiti meningokokal diseluruh dunia
- 50,000 kematian setiap tahun
- Meningokokal adalah punca utama meningitis bakteria iaitu sejenis jangkitan membran yang menyelaputi otak,tulang belakang serta saluran darah yang boleh menyebabkan kematian
Ingin dapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida ye :-
Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363
PM Admin : Ida Umielman di Facebook
Email : nurelmanamani@gmail.com
Pages : www.facebook.com/UmielmanShoppe
***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya
0 comments:
Post a Comment