11 May 2014

Ilmu Penyusuan: 5 Fakta kenapa susu ibu adalah nutrisi terbaik buat semua bayi

Salam,

Hari ini ida nak kongsi info mengenai SUSU IBU ye kepada semua

Sumber dari sini

Susu ibu mengandungi semua nutrien dalam jumlah yang tepat untuk memenuhi keperluan bayi. Anda tidak perlu memberinya  makanan lain termasuklah air kosong. Perhatikan bayi anda membesar untuk
tempoh enam bulan pertama kehidupannya.

Berubah mengikut keperluan bayi yang membesar

Komposisi nutrien susu ibu bertukar-tukar untuk memenuhi keperluan bayi yang membesar.

• Cecair kuning: Kolostrum

Dalam beberapa hari pertama selepas bayi dilahirkan,payudara anda akan menghasilkan kolostrum, sejenis
cecair pekat yang berwarna kuning. Kolostrum kaya dengan karbohidrat, protein dan antibodi. Jumlah
kolostrum yang dihasilkan mungkin sedikit tetapi ia sangat kaya dengan nutrien dan faktor imun yang akan
melindungi bayi daripada jangkitan penyakit.

• Susu matang

Susu matang akan dihasilkan tiga atau empat hari selepas bersalin. Jumlahnya banyak dan kelihatan agak cair.

• Waktu penyusuan

Komposisi susu ibu turut berubah sewaktu bayi menyusu. Kandungan lemak meningkat pada penghujung
sesuatu masa penyusuan. Susu akhir ini membuat bayi rasa kenyang dan berhenti menghisap. Ini adalah cara
bayi belajar mengawal seleranya.

1.Menggalakkan penghadaman dan penyerapan nutrien dengan lebih baik  

Beberapa bahan biologi di dalam susu ibu menyebabkan bayi dapat menyerap nutrien dengan berkesan:
• Enzim penghadam lemak membantu penghadaman dan penyerapan lemak
• Protein pengikat zat besi membantu bayi menyerap kebanyakan zat besi di dalam susu ibu
• Kandungan laktosa yang tinggi meningkatkan penyerapan kalsium, magnesium, fosforus dan mineral yang lain

2.Melindungi bayi daripada penyakit 

Kajian menunjukkan bayi yang disusukan secara eksklusif selama 6 bulan kurang dijangkiti penyakit dalam tempoh 12 bulan pertama usianya. Susu ibu mengandungi nutrien dan
bahan-bahan yang melindungi bayi daripada penyakit berjangkit khususnya cirit-birit, selesema, bronkoliotis dan jangkitan telinga tengah. Beberapa bahan yang melawan penyakit adalah:



3.Makanan untuk perkembangan otak

Susu ibu mengandungi asid lemak perlu seperti asid alfalinolenik (ALA) dan asid linoleik (LA). Kedua-dua asid ini diperlukan untuk menghasilkan asid dokosaheksanoik (DHA) dan asid arakidonik (AA) yang penting untuk pembesaran dan pertumbuhan janin dan bayi, terutamanya untuk pertumbuhan otak dan perangsangan visual yang berkualiti. Perkembangan otak yang sempurna dalam tahun pertama usia bayi akan menyediakan asas kepada keupayaan pembelajarannya pada masa depan.

4.Mengurangkan kemungkinan mengalami alergi

Kebanyakan simptom alergik yang dikaitkan dengan  pengambilan susu formula lazimnya berpunca daripada
tindakbalas bertentangan imun bayi terhadap protein susu lembu. Bayi yang menyusu badan kurang engalam
simptom-simptom alergik seperti kolik, muntah, cirit-birit  atau najis berdarah, malresapan, ekzema, rinitis alergik dan asma bronkiol.

5.Pengikat kasih

Bayi perlu mendengar degupan jantung anda, merasai  kehangatan tubuh anda dan berada rapat dengan anda. Kesemua ini adalah sama pentingnya dengan keperluannya terhadap makanan. Tiada aktiviti lain yang dapat memenuhi semua keperluan ini selengkap dan sehebat penyusuan susu ibu

Berminat utuk mendapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida ye

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment