5 May 2014

Ilmu Penyusuan : Tandem Nursing dan soal jawab mengenai Tandem Nursing.


Salam Hari Isnin,

Istilah Tandem Nursing adalah satu istilah yang agak sinonim dalam dunia penyusuan susu ibu.Tetapi masih juga ada ibu-ibu yang tidak mengetahui apakah itu Tandem Nursing.Jangan risau jangan gundah gulana hari ini ida kongsikan serba sedikit info mengenai Tandem Nursing dan semoga ia bermanafaat buat kita semua.


Apa itu tandem nursing?

Ia adalah penyusuan serentak bagi anak yang berlainan umur atau kepada kembar pada masa menyusus yang sama atau berbeza

Adakah bahaya menyusukan anak semasa mengandung?

Tidak kerana oksitosin yang dihasilkan semasa menyusukan anak tidak cukup banyak untuk menyebabkan kelahiran pra matang.Oksitosin juga dihasilkan semasa mengadakan hubungan intim bersama suami.

Apa itu oksitosin?

Hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari yang boleh menyebabkan kontraksi rahim dan berfungsi untuk menghasilka susu

Manfaat Tandem Nursing?


  • Mengurangkan rasa cemburu pada abang dan kakak keraa bersama-sama menyusu dengan ibu sekaligus masa diluangkan bersama.Ia juga akan mengajar untuk berkongsi
  • Dapat menyelesaikan masalah bengkak susu kerana abang/kakak lebih pakar dalam penyusuan dan mengelakkan daripada liang susu tersumbat kerana 'suction' penyusuan abang/kakak lebih kuat daripada bayi
  • Dapat mengurangkan kanser payudara sebelum manopaus
  • Ibu dapat berehat bersama-sama anak kerana anak-anak disusukan secara serentak


Adakah bayi mendapat khasiat sepenuhnya susu ibu?

Ya.Bayi mendapat khasit sepenuhnya yang mana pada awal kelahiran kolostrum tetap akan keluar untuk keperluan bayi.Namun tidak salah untuk abang/kakak menyusu juga kerana kuantiti kolostrum tersebut tidak kan berkurang khasiat kerana pada umur ini abang/kakak telah mula mengambil makanan lain untuk melengkapkan nutrisi.

Adakah ada istilah abang/kakak mengambil hak bayi?

Tiada istilah ini kerana semakin banyak anak-anak menyusu maka akan bertambah lagi penghasilan susu.Kerana konsep utama dalam penyusuan susu ibu ialah "Demand dan Supply".

Teknik untuk menjayakan Tandem Nursing

Langkah 1: Amal pemakanan tinggi khasiat

Dalam usaha membekalkan susu berkualiti, ambil makanan sihat termasuklah daging, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan produk tenusu.
Makanan yang diambil perlulah mengandungi protein, besi, kalsium, asid folik dan zink yang tinggi. Makanan ringan seharusnya dihadkan agar tandem nursing dapat dijayakan. Juga, jangan lupa minum lebih banyak air.

Langkah 2: Tetapkan giliran atau serentak?

Dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran bayi, anda pasti mahukan dia mendapat khasiat susu terutamanya kolostrum yang diperlukan. Setelah susu matang terhasil, anda boleh menyusukan kedua-dua anak mengikut giliran mahupun secara serentak.

Langkah 3: Kenal pasti posisi bersesuaian

Anda boleh mengaplikasikan pelbagai posisi. Anda boleh memegang kedua-dua anak dalam posisi Cradle Hold atau Football Hold atau menggabungkannya. Antara lain, anda boleh praktikkan posisi semi-reclined atau sambil berbaring. Apa pun posisinya, anda tahu mana yang sesuai dan selesa untuk diri sendiri.

Langkah 4: Bertenang

Susukan bayi dalam keadaan tenang agar anda dan anak-anak kekal selesa sepanjang sesi penyusuan berlangsung.

Langkah 5: Minta tolong

Mintalah pertolongan daripada suami, ibu, ibu mertua atau pembantu rumah untuk bermain dan mengalih perhatian anak yang tua sewaktu menyusukan bayi.

Berminat utuk mendapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida ye

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment