Bayi meragam dan asyik menangis boleh membuatkan ibu bapa menjadi gundah gulana.Di tambah lagi jika tidak diketahui punca bayi menangis.Jika lampin tidak basah,bayi tidak lapar dan suhu bilik tidak panas tetapi bayi anda masih lagi meragam dan menangis tanpa henti kemungkinan bayi anda mengalami kolik ataupun kembung perut
Di bawah ni ida serta beberapa langkah sendawa yang mana kaedah ini boleh mengelak bayi anda dari mengalami kolik ataupun kembung perut ini.
Antara kaedahya ialah:-
Bahu
- Gendung bayi anda pada posisi tegap meghadap ke belakag dengan dagu bayi di atas bahu ada.
- Usap perlahan bahagian belakang sehingga dia sendawa
- Posisi ini anda oleh lakukan sambil berdiri atau duduk di kerusi\Untuk mengelak dia termuntah ketika sendawa alaskan bahu anda dengan sapu tangan
Meniarap di pangkuan
- Telangkupkan (meniarap) bayi anda dengan posisi melintang sehingga salah satu paha menekan perut.
- Tahan dada bayi dengan satu tangan
- Sementara tangan anda yang satu lagi mengusap-usap belakangnya dengan perlahan-lahan
- Pastikan kepala ayi lebih tinggu dari badannya
Pangku menghadap ke hadapan
- Dudukkan bayi dipangkuan anda,tahan bahagian dadanya dengan lengan bawah anda.
- Biarkan bayi anda dalam kedudukan yang selesa
- Biarkan tubuh bayi dalam kedudukan condong ke depan,gosok dan tepuk-tepuk punggungnya dengan jari-jemari anda sehingga udara dalam badannya keluar
Dukung
- Jika bayi anda masih belum sendawa walaupun telah meggunakan pelbagai cara di atas tadi,cuba lakukan kaedah lain.
- Apa kata kali ini anda mendukung bayi
- Sambil mengajaknya berjalan-jalan di dalam rumah,gunakan sebelah tangan anda untuk menggosok bahagian belakangnya
- Ia mungkin mengambil masa yang lama
- Lakukan dengan sabar kerana biasanya 'udara' yang terperangkap ini mengambil masa yang agak lama untuk keluar
Riba
- Bayi diletakkan dalam posisi duduk disalah satu peha anda dengan membogkokkan badannya
- Gosok perlahan-lahan bahagian belakangnya dengan jari-jari anda sehingga bayi sendawa
- Hati-hati memegang bahagian dadanya kerana jika tersalah pegang kerana mungkin akan membuatkan susu yang diminumnya tadi keluar kembali
- Cara ini dikatakan bayi mudah sedawakan selepas menyusu
Kepentingan sendawa
- Hakikatnya anda perlu tahu bahawa kembung perut terjadi kepada bayi berkaitan dengan sendawa
- Sendawa penting utuk mengelak bayi mengalami kembung perut
- Ini kerana sewaktu bayi minum susu sejumlah kecil udara secara tidak lagsug akan ikut serta masuk ke dalam badannya (semasa penyusuan susu ibu dan minum menggunakan botol susu)
- Jika bayi menangis semasa menyusu maka lebih banyak udara akan masuk ke dalam badannya.Seterusnya akan mewujudkan gelembung udara didalam perutnya dan mengakibatkan rasa tidak selesa kepada bayi
- Malah ada bayi akan berhenti minum walaupun masih belum kenyang.
- Selain itu jika anda tidak sendawakan bayi selepas menyusu sebaliknya bayi terus dibaringkan ia boleh mengakibatkan bayi memuntahkan susu yang diminumnya
- Keadaan ini jika dibiarka akan mengakibatkan bayi mengalami kembung
- Sehubungan itu,selepas bayi habis melakukan penyusuan segera sendawakannya
- Memang benar ada bayi yang mudah disendawakan dan ada juga bayi yang sukar disendawakan.Apapun ia memerlukan kesaaran anda untuk menghalau udara yang yang berada didalam perut bayi supaya bayi dapat tidur dengan lena dan tidak meragam
Berminat utuk mendapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida ye
Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363
PM Admin : Ida Umielman di Facebook
Email : nurelmanamani@gmail.com
Pages : www.facebook.com/UmielmanShoppe
***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya
0 comments:
Post a Comment