27 May 2014

G6PD sejauh mana pengetahuan anda semua sebagai ibu bapa tentang penyakit G6PD ini....



Salam,

G6PD adalah perkataan yang agak sinonim bagi semua ibu yang pernah melahirkan anak kan.Tapi ada juga yang tidak tahu apa itu G6PD kan.Tak apa sekurang-kurangnya entri ida kali ini dapat membantu anda semua untuk memahami apa itu G6PD dan semoga info ini bermanfaat kepada kita semua.


Apa yg dimaksudkan dengan kekurangan G6PD (G6PD Deficiency)?

Hemolisis sel darah merah dalam G6PD Deficiency


G6PD (glucose-6-phosphate dehydrogenase) adalah suatu enzim keturunan dalam sel darah merah manusia. Enzim G6PD melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal daripada hayat biasa. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan tertentu ataupun melalui makanan.

Masalah kekurangan G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am, ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria.

Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak anda mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika si anak terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.


Pada kebiasaanya, sebaik sahaja bayi dilahirkan, darah tali pusat bayi akan dihantar untuk pemeriksaan enzim G6PD di makmal. Di antara ujian yg akan dibuat ialah dengan mengambil paras sebenar enzim G6PD bayi dari lahir. Sekiranya enzim G6PD kurang, sel darah merah senang pecah dengan lebih awal. Ini boleh menyebabkan bayi menghidap penyakit kuning (jaundis) dan pucat serta mungkin boleh memudaratkan bayi.

Disebabkan kekurangan G6PD ini biasanya adalah penyakit keturunan, dengan itu ia adalah sepanjang hayat. Bagi bayi yang didapati kekurangan enzim G6PD, bayi perlu diawasi dalam wad untuk lebih kurang seminggu supaya kejadian pucat dan kuning dapat dipantau dan dirawati. Selalunya, rawatan akan meliputi penggunaan alat cahaya fototerapi untuk kuning dan sekiranya bayi terlalu pucat, kemungkinan perlu untuk dimasukkan darah. Sedikit darah bayi perlu diambil mengikut kekerapan yang ditetapkan untuk pengawasan paras kuning atau pucatnya. Bayi kemudian akan dibenarkan pulang ke rumah setelah dipastikan tiada sebarang masalah yang lain.

Apakah Langkah-langkah pengawasan yang boleh anda lakukan sekiranya anda atau anak anda menghidapi masalah kekurangan enzim G6PD ini?

Sebagai ibu bapa kepada anak yg menghidapi masalah kekurangan enzim G6PD ini, anda haruslah peka dan sentiasa memantau setiap ubatan ataupun makanan yg anak anda ambil. Elakkan anak anda daripada mengambil sebarang ubatan atau makanan yg boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah dengan lebih awal.


Pastikan sebarang ubatan yg diambil haruslah mendapat kelulusan dan kebenaran dari pakar perubatan. Elakkan dari mengambil sebarang ubatan tanpa arahan doktor dan maklumkan kepada doktor mengenai keadaan anak yg kekurangan enzim G6PD setiap kali anak memerlukan ubatan. Elakkan dari mengambil atau memberikan anak sebarang jamu, ubatan tradisional atau ubat-ubat senseh. Dipercayai juga sebarang minyak sapu perut atau kepala boleh memudaratkan. Saya juga ada terbaca mengenai larangan menggunakan Vicks dari seorang pakar perubatan tapi tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Apa pun tidak salah jika kita cuba elakkan.

Kacang Parang -- Antara makanan yg perlu dielakkan oleh penghidap masalah kekurangan G6PD
Dari segi makanan pula, seharusnya dielakkan daripada makanan-makanan seperti kacang parang, makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang soya atau produk soya, semua jenis kacang atau produk kacang dan makanan berperisa menthol. Sebaiknya juga dielakkan daripada mengambil alfalfa kerana alfalfa tinggi kandungan Vitamin K.

Berikut pula adalah ubat-ubatan serta antara makanan yang tidak boleh diambil atau perlu dielakkan oleh penghidap masalah kekurangan enzim G6PD:

Ubat untuk Merawat Malaria:

  • Choroquine
  • Hydroxycloroquine
  • Primarquine
  • Pamaquine
  • Quinine


Contoh Aspirin -- Antara ubatan yg perlu dielakkan
Mepacrine (Quinacrine)


  • Ubat Penahan Sakit
  • Acetylsalicylic Acid (Aspirin) 
  • Phenacetin (Acetophenetidin)
  • Aminopyrine (Amidopyrine)


Ubat Antibiotik

  • Chloramphenicol
  • Cotrimoxazole (Bactrim)
  • Furazolidine
  • Nalidixic Acid
  • Nitrofurantoin
  • Nitrofurazone
  • Para-Aminosalicy Acid
  • Ubat-ubatan berasaskan Sulfur dan sebagainya
  • Sulfapyridine
  • Sulfasalazine


Lain-Lain

  • Fava Bean (jenis kacang parang)
  • Naphtalene (Ubat Gegat)
  • Ubat tradisional
  • Parabenecid
  • Dimercaprol
  • Dapsone
  • Procainamide
  • Para-Aminobenzoic Acid
  • Silver Sulphadiazine Cream
  • Methylene Blue


Apakah pula tanda-tanda sekiranya termakan ubat atau makanan yang tidak sesuai?


  1. Ibu bapa semua perlu alert ya dan segera bawa anak ke hospital sekiranya terdapat tanda-tanda berikut pada anak anda ya:
  2. Anak kelihatan pucat akibat sel darah merah musnah dengan lebih cepat
  3. Anak mungkin mendapat kuning (jaundis) dengan serta merta
  4. Air kencing berdarah atau berwarna teh pekat
  5. Letih / lesu dan tidak bermaya
  6. Demam



Ingin dapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida ye :-

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment