1 May 2014

Ilmu Penyusuan : Teknik Marmet.Apakan ia?

Salam,

Bagi ibu berkerjaya sesi pam susu adalah satu rutin yang wajib dilakukan setiap hari.Ini adalah kerana untuk memastikan supaya bekalan susu untuk si manja di rumah pengasuh sepanjang ketiadaan ibu yang bekerja adalah mencukupi.Tetapi kadang-kadang tiba satu masa pam yang diguna atau kelengkapan untuk mengepam tidak mencukupi akan membuatkan ada sesetengah ibu-ibu menyusu akan tertinggal sesi mengepam.Tetapi sebenarnya walaupun tiada pam ibu-ibu menyusu masih lagi boleh melakukan sesi mengepam susu iaitu dengan salah satu teknik yang dikenali sebagai Teknik Marmet.

Ishhh apa pula Teknik Marmet ni ye.Ok hari ini ida kongsikan apa itu Teknit Marmet ye buat perkongsian semua dan meambah lagi ilmu penyusuan buat ibu -ibu menyusu di luar sana.Semoga ia bermanfaat buat semua ye:-


Apa Itu Teknik Marmet?

Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam.

Sekiranya teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Ini kerana, kita lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah.

Di samping itu, Teknik Marmet ini juga sebenarnya mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam. Mengapa ini berlaku? Ini kerana, apabila kita menggunakan tangan, maka berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' yang mana mampu merangsang penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak bilangan 'let down reflex' iaitu situasi di mana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak. Pada waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan membengkak.

Berbanding dengan pam yang semestinya berunsurkan plastik ataupun getah, menyebabkan tubuh badan kita tidak bertindak balas dengan sewajarnya bagi menghasilkan susu. Paling penting, Teknik Marmet tidak cerewet dan mudah diuruskan kerana ia hanya memerlukan tangan untuk memerah ;)


Bahaya Amalan Teknik Yang Salah

Apa jua yang kita lakukan, pasti bakal mengundang padah jika tidak dilakukan dengan betul. Begitu juga dengan Teknik Marmet.

Teknik Marmet yang tidak dipraktiskan dengan baik bakal merosakkan jaringan ataupun aliran-aliran susu pada payudara. Ia juga boleh membuatkan payudara kita menjadi melecet, merah mahupun bengkak. Selain itu, kita sendiri pasti serik untuk memerah menggunakan tangan pada masa akan datang dek rasa sakit dan perit yang kita alami.


Cara Memerah

1) Buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1cm dari aerola. Jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola. Umpamakan payudara seperti sebuah jam, jadinya ibu jari pada no 12, dan jari lain pada no 6.

 Teknik Marmet

2) Tekan payu dara secara lembut ke arah dada tanpa mengubah posisi jari-jari.

Teknik Marmet

3) Seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar dr puting. Kemudian lepas dan ulang semula. Lakukan pergerakan picit-lepas, picit-lepas.

Teknik Marmet

4)Ulang langkah 1 hingga 3 sampailah aliran susu berkurangan.

5)Kemudian barulah pindah posisi jari-jari itu mengikut kedudukan jarum jam. Ibu jari 11,10,9, 8 dan 7 manakala jari telunjuk ke arah 5,4,3,2 dan 1. Lakukan gerakan yang sama seperi langkah 1-4 sebelum menukar posisi jari-jari itu. Ini untuk memastikan kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya.

 Teknik Marmet

6)Susu yang diperah, disimpan dalam bekas yang bersih dan bertutup.

7)Selepas berjaya mengosongkan payudara, beralihlah ke payudara sebelahnya.

Langkah melancarkan pengaliran susu (dilakukan semasa rutin picit-lepas)

1)Urut setiap saluran susu dengan menekan secara lembut kearah dada dengan menggunakan kelima-lima jari bermula dari bahagian atas. Lakukan gerakan memutar pada satu bahagian saluran susu selama beberapa saat sebelum beralih ke bahagian lain.

2)Usap payu dara dari arah atas ke puting dengan sentuhan geletek. Ia dapat menenangkan dan melancarkan aliran susu.

Aturan

Perah setiap payu dara 5-7minit. Kemudian lakukan rutin urutan. Sambung balik sesi perahan untuk 3-5 minit lagi untuk setiap payudara. Ulang lagi rutin urutan dan sambung sesi perahan untuk 2-3 minit untuk setiap payudara.


Elakkan!


1. Menekan sambil mendorong/mengheret jari jemari anda. Tindakan ini boleh membuatkan payudara melecet.



2. Menarik-narik puting payudara. Tindakan ini boleh merosakkan lapisan-lapisan lemak pada aerola.



3. Meramas-ramas payudara (squeeze). Tindakan ini akan melukai payudara anda dan memberi kesan kepada kilang susu anda. Payudara juga cenderung bengkak apabila anda melakukannya.


Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida ye :-

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya






0 comments:

Post a Comment