25 May 2014

Ilmu Penyusuan : 6 kaedah untuk mengatasi masalah Inverted Nipple ataupun Puting Tenggelam bagi ibu menyusu

Salam,

Antara masalah yang dihadapi ibu-ibu yang ingin menyusukan si manja mereka ialah ibu menyusu ini mempunyai puting yang tenggelam ataupun dikenali juga dengan Inverted Nipple.


Ini kadang-kadang menyebabkan ibu menyusu menjadi malas untuk meneruskan penyusuan susu ibu bersama mereka.Teatpi sebenarnya terdapat penyelesaian bagi masalah ini sebenarnya.Antara kaedah yang boleh dilakukan oleh ibu menyusu bagi memastikan mereka dapat menyusukan si manja mereka dengan susu ibu adalah melalui kaedah kaedah dibawah ini :-

Kaedah #1 : Kaedah hoffmann


Letakkan ibu jari di atas puting


  • Tolak perlahan-lahan ke dalam tisu payudara anda dan pada masa yang sama tarik ibu jari anda (Dengan itu, anda telah melakukan regangan terhadap puting payudara dan melonggarkannya, jadi puting mudah bergerak ke dalam dan ke luar)
  • Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya lima (5) kali sehari.


Kaedah #2 : Tarik puting ketika pelekapan


  • Ketika menyusukan si manja anda dengan menyokong payudara anda menggunakan kaedah 'C' iaitu ibu jari di bahagian atas payudara dan 4 jari yang lain di bahagian bawah.
  • Tarik dari tisu payudara anda ke dinding dada untuk membantunya keluar menonjol.


Kaedah #3 : Merangsang Puting


  • Jika puting boleh digenggam, anda boleh menggulung puting di antara ibu jari dan jari telunjuk selama 1-2 minit.
  • Kemudian, anda membuat rangsangan terhadap puting tersebut dengan meletakkan (hanya sebentar saja) tuala sejuk/ lembap atau yang dibalut ais.

(Elakkan penggunaan ais pada masa yang lama kerana ia akan menganggu pengaliran susu ibu)

Kaedah #4 : Niplettes / Supple cups



  • Alat ini adalah untuk membantu untuk mengeluarkan puting payudara dengan menyedutnya secara sekata.
  • Ia memberi pemulihan yang kekal terhadap puting yang tenggelam


Kaedah #5 : Pam payudara (Breastpump)


  • Pam payuraya yang digunakan sebelum penyusuan susu ibu boleh membantu pelekapan yang lebih mudah kepada si manja anda.
  • Menggunakan pam payudara sejurus selepas menyusukan si manja anda boleh membantu untuk mengekalkan kedudukan puting payudara terus berada di luar (menonjol)


Kaedah #6 : Nipple shield


  • Ini merupakan alternatif terakhir bagi anda yang mengalami situasi puting tenggelam ini kerana ia merupakan alat bantu untuk mengajar bayi melekap dengan lebih baik di masa awal penyusuan.
  • Ia perlu digunakan untuk sementara waktu sahaja memandangkan penggunaannya yang lama boleh menyebabkan penghasilan susu ibu semakin sedikit.

Ingin dapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida ye :-

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment