24 May 2014

Ilmu Penyusuan : Kenapa 5 sebab kenapa susu ibu sangat penting kepada bayi sejam pertama kelahiran

Salam,

Entri kali ini agak menarik dan mesti ramai ibu-ibu diluar sana tak tahu lagikan kenapa susu ibu penting diberikan kepada bayi sejam pertama kelahiran.

Jom kita baca sedikit perkongsian yang ida sertakan di bawah ini.




1.Stabilkan suhu bayi
Badan ibu membantu memanaskan badan bayi dengan suhu yang bersesuaian ,ini amat penting sekali untuk bayi-bayi yang dilahirkan kecil dan mmepunyai berat badan yang kurang.

2.Stabilkan Pernafasan Bayi
Bayi akan lebih tenang,kurang tertekan dan mempunyai pernafasan dan kadar degupan jantung yang stabil

3.Pertahanan Badan
Susu ibu yang mengandungi faktor-faktor pelidung.Bakteria daripada ibu juga membantu mencegah jangkitan terhadap bayi dengan membiak pada usus dankulit bayi.Ia juga bersaing dengan bakteria-bakteria yang lebig merbahaya yang didapati daripada persekitaran dan daripada mereka yang memberikan perkhidmatan kesihatan

4.Makanan Pertama
Bayi akan menerima kolostrum sebagai makanan yang pertama iaitu cecair yang berwarna keemasan,kadangkala dipanggil hadiah kehidupan

Keistimewaan Kolostrum:-


  • Kaya dengan sel-sel aktif yang berbentuk immunologi ,antibodi dan lain-lain protin yang memberi perlindungan kepada bayi
  • Kolostrum adalah imunisasi yang pertama buat bayi dan melindungi bayi daripada jangkitan.Ia juga membantu mengendalikan perkembangan sistem pertahanan badan bayi itu sendiri
  • Kolostrum mengandungi faktor-faktor pembesaran,ia membantu usu bayi berkembang matang dan berfungsi dengan berkesan.Ini akan menyukarka mikroorganisma dan bahan-bahan alergen daripada memasuki badan bayi
  • Kolostrum amat kaya dengan Vitamin A,ia membantu melindungi mata bayi dan mengurangkan jangkitan
  • Kolostrum menggalakkan pergerakan di dalam usu bayi agar bahan cecair mekonium dapat dikeluarkan dengan cepat dari perut.Ini akan mengurangkan damam kuning didalam bayi
  • Kolostrom hanya didapati didalam kuantiti yang kecil,ia adalah mencukupi dan bersesuaian untuk bayi yang baru dilahirkan


5.Hormon Oxytocin
Memegang ,memasukkan ke dalam mulut dan menghisap puting pada buah dada menggalakkan pelepasan hormon oxytocin

Kepentingan Hormon Oxytocin

  • Oxytocin menyebabkan pengecutan uterus.Ini mungkin aka membantu mengeluarka plasenta dan mengurangkan pendarahan ibu selepas bersalin
  • Oxytocin menggalakkan pelepasan hormon-hormon lain yang menyebabkan ibu berasa tenang,relaks dan sesetengah mengatakan jatuh cinta dengan bayinya
  • Oxytocin menggalakkan pengaliran susu ibu
ngin dapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida ye :-

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment