15 May 2014

Ilmu Penyusuan : Mari belajar mengenai teknik Lekapan/Latching ketika bayi menyusu susu ibu.

Salam,

Kali ni ida nak kongsikan ilmu penyusuan yang sangat penting kepada semua ibu-ibu menyusu ye.Ilmu penyusuan yang ingin ida kongsikan adalah mengenai teknik lekapan atau latching bayi.Kenapa ye teknik lekapan ini penting ha meh baca semua ilmu yang ida kongsikan kat bawah ni ye


1. Supaya bayi mendapat susu foremilk dan hindmilk, susu awal dan akhir
Untuk mendapatkan susu, bayi perlu melekap dengan betul dan sempurna pada payudara ibu. Jika tidak, bayi tidak akan mendapat susu dan ibu juga akan berasa sakit ketika proses penyusuan sedang berlaku. Sekiranya itu berlaku, bermakna ibu ada masalah latch on dan ibu digalakkan belajar daripada jururawat atau doktor yang pro-breastfeeding ataupun berjumpa dengan mana-mana kaunselor laktasi.

2. Untuk mengelakkan ibu daripada mengalami payudara melecet atau luka, payudara sakit dan bengkak susu kerana susu tidak dikeluarkan dengan betul

Apabila ibu berasa sakit semasa menyusukan bayi, itu bermakna cara pelekapan ibu tidak betul. Ini kerana bayi anda hanya menghisap puting dan tidak areolanya. Kebanyakan ibu membuat kesilapan dengan hanya memberikan bayinya puting sahaja. Ini boleh membuatkan payudara ibu luka, melecet atau berdarah. Selain itu, ibu juga boleh mengalami bengkak susu kerana susu tidak dikeluarkan dengan betul. Ini terjadi jika kedudukan bayi anda tidak betul dan bayi jarang diberi susu ibu, payudara ibu akan jadi padat dengan susu. Payudara ibu akan mula terasa bengkak, keras, berat dan sakit. Ini mungkin berlaku terutamanya pada minggu pertama selepas bersalin.

3. Membantu meransang pengeluaran susu ibu dengan lancar

Sekiranya bayi melekap dengan betul, bayi akan mendapat susu dengan sempurna dan ibu juga tidak akan mengalami kesakitan. Payudara ibu juga dapat dikosongkan dan dan boleh merangsang kepada penghasilan susu yang lebih banyak. Pastikan juga bayi menghisap lama di sesuatu belah buah dada untuk merangsangkan pengeluaran susu sebelum menukarkannya k esebelah lagi. Ibu juga harus menyusukan bayi kedua-dua belah buah dada.

4. Untuk mengelakkan ibu dan bayi berasa letih dan frust serta ibu akan mendapat rehat cukup

Apabila ibu mengetahui cara pelekapan yang betul, si comel anda pasti berasa kenyang. bayi yang kenyang dan mendapat susu ibu yang cukup tidak mudah meragam dan membantu bayi anda berasa lebih tenang dan gembira. Ibu juga akan mendapat rehat yang cukup bila si comel anda tidak meragam. Paling penting sekali, emosi ibu dapat dirasai oleh bayi. Rasa tenang, gembira dan yakin mampu melancarkan penghasilan susu yang lebih 'lumayan'.

Teknik Lekapan Ibu Dan Bayi Yang Betul

Berikut adalah tips-tips dan teknik mengajar bayi yang baru lahir untuk memulakan penyusuan susu ibu dengan betul :-



1. Pastikan ibu dan bayi berada dalam kedudukan dan posisi yang selesa. Kemudian letakkan bantal di belakang ibu sekiranya perlu. Ibu juga boleh meletakkan batal di atas peha supaya kedudukan bayi berada di tahap yang sama dengan payudara ibu.

2. Pastikan bayi anda dalam keadaan yang aktif dan tidak mengantuk. Sekiranya bayi anda meragam ataupun menangis, tenangkan bayi terlebih dahulu.

3. Bayi dapat melekap dengan selesa seandainya badan bayi berada di posisi yang betul. Pastikan anda menyokong keseluruhan badan (belakang) bayi. Mengiringkan badan bayi anda menghadap ibu dan muka bayi menghadap payudara ibu.

4. Mulakan pelekapan :-

i-  Bawa bayi anda kepada payudara anda tetapi bukan payudara kepada bayi. Jangan bongkokkan badan anda dan anda seharusnya berada dalam keadaan yang tenang dan relax.

ii-  Sentuh mulut bayi dengan puting atau jari agar bayi mula membuka mulut. Tunggu sehingga bayi membuka mulut seluas mungkin.

iii- Masukkan puting dan gerakkan badan bayi rapat ke arah payudara.

iv- Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar aerola payudara. Aerola adalah kawansan gelap di sekeliling puting ibu. Sekiranya breast kecil selalunya aerola pun kecil, jadi mungkin keseluruhan aerola akan masuk ke dalam mulut bayi.



v- Pastikan bayi lekap / latching payudara anda dengan betul dan ampu payudara anda dengan menggunakan tangan anda.

vi- Pelekapan yang betul akan menyebabkan bibir bayi anda menjadi seperti 'mulut ikan'. Di payudara anda, bibir atas dan bawah akan 'melentik keluar'. Puting anda juga sepatutnya menyentuh lelangit lembut dan bukannya lelangit keras bayi.



vii- Sekiranya pelekapan tidak betul dan sempurna, lepaskan semula bayi daripada payudara dengan memasukkan jari kelingking ke dalam mulut bayi. Ulang semula proses lekapan sehingga bayi lekap dengan cara yang betul. Pelekapan yang tidak betul akan menyebabkan puting anda melecet selepas 1-2 kali


viii- Pelekapan yang sempurna akan menjadikan dagu bayi akan menyentuh payudara ibu. Pipi bayi akan bulat dan anda boleh melihat bayi anda menggerakkan keseluruhan rahangnya. Anda akan rasa bayi menghisap payudara anda dan mendengar sedikit bunyi bayi anda menyusu. Hidung bayi anda juga mungkin akan tertutup sedikit dengan payudara anda. Jangan risau, pastikan ada sedikit ruang untuk bayi anda bernafas (sebelah lubang hidung pun sudah memadai). Seandainya bayi anda kelihatan agak struggle, kemaskan posisi kedudukan bayi anda.


Semoga info yang ida kongsikan ini memberi manfaat kepada semua ibu-ibu menyusu ye.

Bagi yang  berminat nak dapatkan Set Penyusuan 3M Shaklee,Set Menyusu Shaklee mahupun produk Shaklee boleh hubungi ida ye:-

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment