8 May 2014

Kenapa perlu minum air 3 liter sehari?



Salam,

Perlu minum air masak sehari 3 liter.Wow biar betul ni banyak ya x mampu nak minum sebanyak tu air masak setiap hari.Tapi tahukah anda minum air masak dengan banyak adalah penting kita sendiri di sarankan minum 8 gelas air masak sehari.
Bagi yang mengambil supplemen lagi digalakkan untuk minum air masak dengan banyak sekali.
Jom kita baca info dibawah ni ye:-







Kelebihan minum air

Amalan meminum air pada kuantiti yang mencukupi untuk tubuh bukan sahaja melicinkan proses dalam sistem tubuh, malah boleh memberikan kelebihan-kelebihan iaitu:

•Mengalakkan penghasilan air susu yg banyak bg ibu menyusu
•Dapat menyahtoksikkan badan dengan cara semula jadi.
•Kulit anda akan kelihatan sentiasa lembap dan
•Awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi boleh melambatkan proses pengecutan kulit.
•Badan akan sentiasa cergas dan berasa ringan.
•Dapat membantu proses mengurangkan berat badan dengan gabungan amalan pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten.
•Minda yang ceria dan emosi stabil.

Kita digalakkan meminum 3 liter air sehari jika mengambil supplement. "3 liter? Banyaknya..." rungut seorang dua kenalan. "Tak banyak kalau kita tahu sebab dan cara mudah untuk habiskan air sebanyak 3 liter tu."

Sebab perlu minum air 3 liter air sehari

1) Suplemen semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh serta memperbaiki sel-sel yang rosak. Semasa proses ini, air amat diperlukan, kalau tidak kita akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.

Di mana healing crisis adalah satu tempoh yg diambil untuk proses2 membersihkan badan, penyingkiran toksin dan untuk bina semula sel-sel badan yang lebih kuat dari sebelum ni.

Ibarat tangki yang dah lama tak basuh. Bila basuh, berus, sental... banyak la karat2 yang keluar dari tangki tu... Bila karat2 tu semua dah clear, dah bersih... air yang mengalir dari tangki tu pun laju jer. Kita nak guna untuk basuh ape2 pun best kan ? Macam tu jugalah badan kita. Healing crisis ini tidak akan sama dengan orang lain sebab ianya bergantung kepada tahap kesihatan masing- masing.Kalau badan sihat jadi kurang healing krisis tu...Apa yang penting teruskan makan vitamin dan minum banyak air masak, insyaAllah

2) Pengambilan suplemen adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Bila kekurangan air akan menyebabkan darah kita menjadi pekat. So boleh bayang bilamana kita bancuh sesudu garam dalam sebiji cawan berbanding dengan mengacau sesenduk garam dalam sebiji cawan. Satu senduk garam pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar dari sebiji cawan.

3) Berbeza dengan memakan buah-buahan, kita tidak perlu minum air yang banyak selepas itu kerana buah-buahan tersebut sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrien dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin.

Contohnya, dalam sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 1/2 biji oren. Dalam 7 1/2 biji oren sudah ada sangat banyak air.



Tips minum air secara berkesan


  1. Minum segelas air masak (250ml) sebaik bnagun tidur.Minum air di pagi hari dikatakan dapat menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan muda
  2. Minum segelas air masak sejam sebelum tidur
  3. Ambil makanan tambahan /supplemen bersama 2 gelas air
  4. Minum setengah gelas/segelas air masak setengah jam sebelum makan.Ia akan   turut membantu anda mengurangkan berat  badan dan mengelakkan makan berlebihan
  5. Minum segelas air sebaik sahaj selepas ke tandas/menyusukan bayi atau mengepam
  6. Letakkan sebotol air masak di tepi katil,supaya apabila anda terjaga di waktu malam boleh minum air masak
  7. Minum air masak suam panas supaya kita akan menghirup  air sedikit demi sedikit
  8. Periksa pengambilan air secara detail  seperti berapa gelas sehari atau berap liter sehari.Kadang kala kita merasakan dah cukup banyak minum air tetapi sebenarnya belum pun sampai 2 liter
  9. Pastikan air masak sentiasa ada berdekatan dengan anda.Jadi bila-bila sahaja anda boleh minum
  10. Minum air bila-bila masa bila raa haus dan lapar tetapi belum sampai waktu makan


Bagaimana tertib tu? Kenapa perlu tertib?

 Jika anda minum dengan tidak tertib...Anda akan kerap ke tandas

Bagaimana cara untuk minm dengan tertib

1- Teguklah air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika.
2- Bernafaslah dengan teratur 3 kali dan ulanglah semula...
3- Jangan minum berdiri
4- Jangan gelojoh ketika minum sebaliknya minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan-lahan. Ini akan mengelakkan kita merasa kembung berbanding jika kita minum dengan banyak sekali gus.
3. Amalkan untuk meletakkan bekas air di seluruh pelusuk rumah. Jadi apabila anda melalui bahagian rumah tersebut contoh ruang tamu, anda boleh berhenti seketika untuk minum air tersebut tanpa perlu ke dapur.
4. Bagi ibu menyusu, amalkan untuk minum segelas air suam sebelum dan selepas mengepam bagi mengelakkan dehidrasi.
5. Amalkan juga untuk meminum air selepas selesai ke tandas....

Kesan kekurangan air dalam badan

1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek).
2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah.
3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang
dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak.
4. Tekanan darah menurun.
5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan menyebabkan mudah rasa mengantuk.
6. Lesu pada waktu siang.
7. Sakit belakang.
8. Dehidrasi. Tubuh akan mengalami dehidrasi.
Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.
9. Sakit kepala.
10. Memperlahankan kadar metabolisma badan.
11. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara.
12. Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair.
13. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik.
14. Meningkatkan keinginan untuk makan.
15. Darah menjadi lebih pekat .
16. Mudah keliru.
17. Degupan jantung semakin meningkat.
18. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.
19. Gangguan fungsi kognitif (kepandaian) otak. Jika kita kekurangan air putih, otak tidak mampu menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.
20. Mengganggu fungsi ginjal. Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. Dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing.
21. Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian.
22. Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum, kita akan mengalami infeksi. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat, rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan, dan lain-lain.
23. Kulit menjadi kusam. Ini kerana kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari di kulit juga tidak maksimal.

Credit

Berminat utuk mendapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida ye

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

1 comment: