10 May 2014

Ilmu Penyusuan : 5 amalan yang boleh membanyakkan susu ibu..

Salam,

Dalam menjayakan penyusuan susu ibu ni,selain berusaha sehabis daya,kita juga digalakkan berdoa dan bertawakkal kepada ALLAH sebgai salah satu usaha juga.
Ini saya kongsikan antara amalan-amalan dan doa myang boleh diamalkan

1-AMALKAN DOA DIBAWAH ye

Ya ALLAH  , permudahkan segala urusan kehidupanku,banyakkanlah susuku untuk bayiku dan permudahkan perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan

Ya ALLAH seberapa banyak susu yang aku peroleh hari ini,penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di SISImu.Semoga dengan keberkatanMU susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku .AMIN

2-SURAH AL HUJURAT;AL-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi.Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita,anak kita dan banyakkan susu ibu.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari ALLAH.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

3-Amalkan SURAH ALBAQARAH  ayat 60




Sambil dibaca letakkan tangan anda pada payudara dan doa dalam hati semoga dimurahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun

4-Amalkan zikir dengan kalimah YA MATIN (MAHA SEMPURNA KEKUASAANNYA) 70 kali setiap hari.Waktu yang paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh.Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan  kedalam segelas air lalu di minum

5-Amalkan juga ambil wudhu dan maafkan setiap orang sebelum kita tidur supaya hati sentiasa tenang dan menyebabkan susu lebih mudah mengalir keluar.Perasaan ibu turut mempengaruhi elemen  pada bayi kita.Jika menyusu dalam keadaan marah,bayi pun akan menjadi cepat marah.Jadi sentiasalah tenangkan diri dan berfikiran positif supaya elemen-elemen positif dapat dialirkan pada bayi.


Berminat utuk mendapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida ye

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment