2 Sept 2014

RESEPI 2 : MELTY HERSHEYS MEALSHAKES buat si manja...

Salam,

Entri kali berkisar lagi tentang resepi Mealshakes.Seronok pula tengok ramai yang buat entri pasal resepi Mealshakes ni buat si manja.Ida pun teruja nak buat untuk Elman tau. Best je semuanya.

Kali ni resepinya ida ambil dari Blog Mummy Zihan.Ida kongsi resepi Mummy Zihan di blog ida ye.Kalau nak tahu lebih lajut boleh jenguk blog beliau.Memang menarik tau.

Resepi kali ini adalah Melty Hersheys Mealshakes.

Kalau tengok gambar nya pasti ramai ibu yang teruja nak buat tau.Ida pinjam gambar dari blog Mummy Zihan ye.


Kat bawah ini ida sertakan cara membuatya ye.Bagi yang dah ada anak perempuan yang dah bersekolah boleh ajak join buat resepi ni.Pasti lagi menarikkan,

Resepi base (1)- option 1

Bahan bahannya


  • 150 gm Graham crackers (kalau takde gantikan dengan biskut marie) ~crushed
  • 30 gm almond flakes/oats/dorset cereal
  • 90 gm mentega/butter ~ cairkan

Cara-caranya

  1. Campurkan biskut , kekecang dan oats
  2. Tambahkan mentega yang telah dicairkan dan gaul rata
  3. Letakkan di dalam bekas sebgai base.


Resepi base (2)- option 2

Bahan-bahannya


  • Kek span coklat/vanilla
  • Air nescafe atau jus lemon


Cara-caranya


  1. Letakkan kek dalam bekas sebagai dasar
  2. Dengan menggunakan brush, sapukan air nescafe atau jus lemon untuk melembapkan kek.


RESEPI FILLING


Boleh juga gunakan filling yang dah siap dijual di kedai seperti blueberry, strawberry, kiwi, orange, butterscoth atau chocolate syrup.


Resepi Ganache Coklat

Bahan-bahannya


  • 150 gm krim tenusu ~ whipping cream
  • 15gm sirap glukos~ boleh didapati di kedai jual bahan kek
  • 250 gm coklat gelap ~ hiris halus
  • 10 gm butter 
  • 1 sudu teh orange suncquick atau 1 sudu teh pes hazelnut

Cara-caranya


  1. Didihkan krim dan sirap glukos.
  2. Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
  3. Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
  4. Tambahkan butter dan orange sunquick atau pes hazelnut
  5. Kacau hingga adunan licin dan berkilat
  6. Biarkan sejuk dan sediakn digunakan.


RESEPI CHEESE

Bahan-bahannya


  • 250g cream cheese ~ suhu bilik
  • 200g whipping cream
  • 150g yogurt plain
  • 90g gula 
  • 1 sudu teh jus lemon
  • 2sudu mealshakes

Cara-caranya


  1. Dalam bekas pemutar, putar cream cheese dan gula hingga lembut dan gebu
  2. masukkan yogurt  dan mealshakes dan putar lagi.
  3. Dalam bekas berasingan putar Non Dairy Whipping Cream hingga kental dan kaku
  4. Kaup balik adunan whippping cream ke dalam adunan cheese
  5. Tambahkan perahan jus lemon dan gaul sempurna. 
  6. Masukkan adunan ke dalam piping bag


Cara penyediaan Melty Hersheys Mealshakes


  1. Sediakan cawan atau bekas kaca kecil 
  2. Pilih mana-mana satu bahagian dasar di atas 
  3. Tuangkan adunan cheese ke dalam piping bag
  4. Paipkan dalam bekas tadi
  5. Anda boleh selang selikan dengan oreo, biskut marie, kek, lady finger, cip coklat, parutan coklat masakan, filling pilihan dan lain-lain yang dirasakn bersesuaian
  6. Hiaskan atasnya dengan taburan buah-buahan, parutan keju, parutan cokat atau apa-apa sahaja perhiasan yang anda suka.
  7. Sejukkan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.

Ha menarikkan.Selamat mencuba ye semua para ibu.Jangan lupa promosi Mealshakes BELI 3 PERCUMA 1 masih berlangsung ye.

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment