9 Sep 2014

TIPS KURUS : 10 amalan harian untuk menurunkan berat badan

Salam bersiaran,

Tahukah anda dalam amalan seharian kita turut mempengaruhi faktor untuk kita menurunkan berat badan kita.Dibawah ini disertakan 10 amalan yang boleh kita lakukan seharian untuk menurunkan berat badan kita.



1.Jadikan air masak sebagai minuman utama


  • Semasa sarapan,teruskan minum jus oren atau kopi/teh kegemaran anda.Tapi selepas itu,pastikan anda hanya minum air masak dan bukannya air jus/manis/berkarbonat/tin.Kajian mendapati secara purata orang ramai minum hampir 245 kalori berlebihan sehari daripada air jus/manis/berkarbonat/tin.Ianya hampir 90,000 kalori setahun bersamaan 11 kilo tambahan kepada berat badan.

2.Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari

  • Kajian mendapati mereka yang membahagikan hidangan makan mereka akan makan kurang 30% kalori dalam hidangan berikutnya.Sebagai contoh,jika anda membahagikan sarapan anda kepada dua hidangan misalnya,satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat pagi,maka anda tidak akan makan banyak keika waktu makan tengahari.Badan anda akan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar

3.Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari

  • Ambil kesempatan utuk menambahkan peluang utuk menambah masa berjalan kaki dalam perkara-perkara kecil seperti mengikut jalan jauh ke tempat kerja,menggunakan tangga ,memilih restoran yang memerlukan anda berjalan lebih jauh sedikit dan lain-lain.Ini kerana jika dilakukan setiap hari ,anda boelh mengurangkan sehingga 13 kilogram berat badan dalam setahun tanpa perlu bersusuah payah dan tanpa anda sedari.

4.Perbanyakkan warna biru dalam hidup anda.

  • Ada sebab mengapa restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru dalam hiasan restoran mereka. Percaya atau tidak kajian mendapati warna biru menghalang selera.Jadi apa lagi,sediakan makan malam dalam pinggan biru,pakai baju biru ketika makan dan gunakan alas meja berwarna biru.Dalam masa yang sama elakkan warna merah,kuning dan oren diruang makan kerana warna tersebur didapati membuka selera.

5.Buang pakaian besar anda.

  • Jika anda berjaya mencapai berat badan yang dihajati,pastikan anda sedekahkan atau buang pakaian lama anda yang sudah gelebeh itu.Secara psikologinya idea bahawa anda terpaksa membeli baju baru jika berat badan anda bertambah kembali pasti menjadi motivasi untuk anda mengekalkan berat baru badan anda sekarang.

6.Gunakan pinggan yang kecil

  • Tahukah anda,lebih banyak makanan yang terhidang dihadapan anda makan lebih banyak yang anda makan,tanpa mengira tahap kelaparan sebenar anda.Untuk itu,gunakan pinggan yang lebih kecil.

7.Makan bijirin untuk sarapan

  • Bijirin sarapan seperti Cornflakes atau Koko Krunch bukan untuk kanak-kanak sahaja malahan ia sesuai untuk orang dewasa.Mereka yang makan bijirin sarapan sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu menghadapi risiko obesiti dan diabetis berbanding mereka yang memakan makanan lain untuk sarapan.Bijirin ini juga mengandungi serat,kalsium dan paling penting kurang lemak.

8.Makan hanya apabila lapar.

  • Kedengarannya mudah tapi tahukah anda kebanyakkan orang makan hanya kerana bosan,memang waktu biasa makan,gemuruh atau cemas,kecewa dan pelbagai sebab lagi kecuali lapar.Selepas ini,pastikan anda hanya makan apabila perut anda sudah mula berbunyi.Eksperimen mudah - jika anda inginkan/idamkan sejenis makanan tertentu,anda tidak lapar.Sebaliknya anda akan makan apa sahaja jika anda benar-benar lapar.

9.Makan dengan tenang dan perlahan

  • Secara saintifiknya otak manusia ketinggalam hampir 20 minit berbanding perut untuk memberi isyarat kenyang.Oleh itu,ambil masa untuk menikmati hidangan makanan anda,dan otak anda akan dapat memberi isyarat kepada anda untuk berhenti bila tiba waktunya.

10.Makan buah-buahan

  • Jika anda mempunyai pilihan sama ada untuk amkan buah-buahan atau minum jus buah-buahan,pilih untuk makan.Buah-buahan yang dimakan memberi lebih kepuasan dan mengenyangkan berbanding sekotak air jus buah,bermakna anda akan kurang makan makanan lain sepanjang hari.
Selain itu jika ingin dapatkan produk Shaklee bagi melancarkan lagi proses menurunkan berat badan anda boleh hubungi ida ye.


Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnh ya

0 comments:

Post a Comment