20 Sep 2014

INFO KURUS : DIET MENDADAK @ CRASH DIET serta keburukannya.

Assalammualaikum semua.

Apa khabar semua pembaca setia blog umielman ni ye.Ida harap semua nya sihat.Apa aktiviti di hari cuti ini.Pasti mengisi masa lapang dengan keluarga tersayang kan.

Sambil-sambil melepak dengan si manja apa kata layan entri ida ni ye.Mana tau info ni bermanfaat buat semua kan.

Kali ini ida nak kongsikan keburukan jika kita melakukan DIET MENDADAK ataupun CRASH DIET.

Mengelakkan diri daripada mengambil sarapan pagi, menghindari karbohidrat atau hanya meminum air seharian merupakan contoh pemakanan yang tidak sihat, diamalkan oleh mereka yang mempraktik crash diet, iaitu diet yang mendadak dimana pengambilan kalori harian adalah 1000 kalori atau kurang. Gaya pemakanan ini sekiranya berterusan akan mengakibatkan ketidakseimbangan metabolisme dan sukar untuk turun berat pada tempoh masa yang panjang. 

Definisi DIET MENDADAK @ CRASH DIET


  • Pengambilan kalori harian adalah 1000 kalori atau kurang
  • Defisit kalori 50% atau lebih (contoh: DCR anda ialah 2500, tetapi anda hanya mengambil 1250 kalori atau kurang dari itu.

Apa itu crash diet? Pengambilan kalori harian adalah 1000 kalori atau kurang.

Antara keburukan melakukan diet mendadak @crash diet


  1. Fatigue: mengurangkan tubuh anda dari nutrisi-nutrisi penting akan menyebabkan badan anda lemah dan tidak bermaya. Tubuh anda akan mengalama hibernasi, kerana ia cuba menyimpan tenaga tetapi tidak mencukupi. Malah, anda sebenarnya membakar kurang lemak dari yang anda jangka.
  2. Kecederaan: sama seperti atlit yang kepenatan, tahap kepenatan ini akan menyebabkan tubuh anda lebih tercenderung untuk cedera; lebih-lebih lagi jika anda melakukan aktiviti fizikalori ketika diet yang yang mendadak.
  3. Diet mendadak tidak kekal: Masalah utama diet mendadak ini adalah, ia tidak dapat diamalkan untuk jangka masa yang panjang dan ia amat menyakitkan serta menyusahkan. Ramai yang bersusah payah untuk 12 minggu dan selepas itu, kembali ke cara pemakanan yang dahulu dan menambahkan kembali berat yang telah dihilangkan. Ini dinamakan diet yo-yo.
  4. Mudah sakit: Kita semua sedar, apabila tubuh kita kekurangan nutrisi-nutrisi penting, pertahanan tubuh kita akan menjadi lemah untuk melawan virus.
  5. Kehilangan otot: Anda memang akan kehilangan lemak, tetetapi, tanpa anda sedari, anda juga akan kehilangan otot.


Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment