6 Sep 2014

RESEPI 8 : HOMEMADE CROQUETTE with MEALSHAKES.

Salam bersiaran semua,

Hari ini ida nak kongsikan resepi homemade Croquette with Mealshakes.Resepi ini ida ambil dari blog Puan Bazlia.

Jom kita tengok cara menyediakan resepi yang menarik ini ye.


Resepi dari blog bazliaamoza.


Bahan-bahan :

  • 3-4 biji kentang
  • seledri atau daun bawang yang dipotong halus 
  • 1/2 biji bawang Bombay yang dipotong halus
  • v150 gram ayam atau daging cincang
  • serbuk roti
  • cheese
  • 2 biji telur yang dipukul
  • garam
  • lada sulah
  • minyak untuk menggoreng 

** SPECIAL FROM ME : ADDING A TEASPOON OF MEAL SHAKES SHAKLEE

Cara masakan :
  1. Rebuskan kentang yang sudah dibuang kulit hingga lembut/empuk
  2. Lenyekkan isi kentang yang lembut tadi di dalam mangkuk.
  3. Panaskan minyak. Setelah minyak panas,tumiskan bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam cincang dan kacaukan sehingga masak.Setelah itu, masukkan pula daun bawang atau seledri, garam dan lada sulah secukup rasa & MEAL SHAKES SHAKLEE
  4. Masukkan bahan yang sudah digoreng kedalam mangkuk berisi isi kentang . Tambahkan cheese mengikut citarasa . Kemudian kacau hingga rata.
  5. Buat adunan tadi berbentuk bulatan atau bujur
  6. Gaulkan dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan akhir sekali dengan serbuk roti.
  7. Akhir sekali,gorengkan dengan minyak yang panas.
  8. Siap untuk dihidangkan! Sedap dihidangkan dengan sos
Selamat mencuba


Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment