17 Sep 2014

Part 3 : FASA INDUCTION ( fasa terPENTING dalam DIET ATKINS).

Salam bersiaran,

Wow macam bagus je ida ni kan.Siap ada part lagi pasal DIET ATKINS nya.Tapi yang penting bagi yang nak dapatkan Set Kurus Shaklee yang memang selamat dan In Sha Allah berkesan  boleh hubungi ida ye.Tak habis lagi bercerita tentang DIET ATKINS ni.Kali ni entri tentang fasa di dalam DIET ATKINS yang mana fasa ini adalah amat penting jika seseorang ingin amalkan DIET ATKINS ye.

Fasa yang ida maksudkan ialah fasa INDUCTION.Jom kita baca apa itu fasa INDUCTION dan kenapa ia penting.


Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Dilarang makan Semasa Induction (Permulaan diet)


  1. Nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
  2. Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya. tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  3. Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  4. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
  5. Minuman bergula, milo jus buah-buahan, barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  6. Snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  7. Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
  8. Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
  9. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  10. SOS & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
  11. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak. 
  12. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  13. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
  14. Sate yang diperap dengan gula @ madu (kat kedai)
  15. Keropok lekor, oat, gula perang, beras perang.


Boleh Makan:


  1. Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
  2. Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
  3. Ikan, Udang, Ketam -  (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
  4. Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
  9. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
  10. Rumpai laut.
  11. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  12. Minyak masak, olive oil & sebagainya.
  13. Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
  14. Multivitamin, spirullina, psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)

Syarat-syarat Induction:


  1. Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda.  (Penting)
  2. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
  3. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
  4. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
  5. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
  6. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
  7. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, kemungkinan ada gula dalam masakan.
  8. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.
  9. Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan..)

INFO TAMBAHAN

You may choose to stay in Induction if . . .??
You still have more than 30 pounds to lose. You should stay in Induction for now if . .
• You still have a large amount of weight to lose.
• You’re still struggling with carb cravings
• You’ve not been fully compliant with Induction.
• You still have elevated blood sugar or blood pressure levels.
• Your weight loss is slow and you aren’t physically active.TERUSKAN INDUCTION...!


Fasa induksi direka untuk 

  1. Menukarkan daripada metabolisme membakar karbohidrat kepada metabolisme membakar lemak
  2. Menstabilkan gula dalam darah anda dan menghentikan pelbagai gejala-gejala yang menunjukkan gula dalam darah tidak stabil, seperti keletihan, perubahan emosi, kabus otak dan ketidakupayaan untuk berfungsi pada tahap yang terbaik.
  3. Bendung keinginan anda dengan menstabilkan gula dalam darah anda.
  4. Hentikan ketagihan kepada makanan seperti gula, gandum atau jagung derivatif, alkohol, kafein, gandum atau mana-manamakanan yang lain. Untuk orang-orang yang ketagih manis, makanan tinggi karbohidrat atau tinggi glycemic.

Peraturan Induksi Satu lagi maksud fasa Induksi adalah untuk menunjukkan kepada anda bahawa walaupun anda boleh mengurangkan berat badan walaupun makan banyak. Tetapi ia mesti diikuti dengan disiplin untuk mencapai kejayaan! Jika anda melakukan kesalahan(langgar pantang), anda boleh mengelakkan kehilangan berat badan dan akhirnya berkata, "Ini adalah satu lagi rancangan penurunan berat badan yang tidak berfungsi." Jadi saya mahu anda menghafal dua belas kaedah-kaedah berikut:

  • Makan sama ada tiga saiz berkala kali sehari atau empat atau lima hidangan yang lebih kecil. Jangan melangkau waktu makan atau pergi lebih daripada enam jam bangun tanpa makan.
  • Makan liberal kombinasi lemak dan protein dalam bentuk ayam, ikan, telur dan daging merah, serta lemak yang tulen(bukan segera).
  • Makan tidak lebih daripada 20 gram sehari karbohidrat, kebanyakan yang mesti datang dalam bentuk sayur-sayuran salad dan sayur-sayuran lain. Anda boleh makan kira-kira tiga cawan salad, atau dua cawan salad campur, satu cawan sayur-sayuran lain.
  • Jangan makan buah-buahan, roti, pasta, bijirin berkanji sayur-sayuran, atau produk tenusu selain keju, krim atau mentega.Jangan makan kacang atau bijirin dalam dua minggu pertama. Makanan yang menggabungkan protein dan karbohidrat, seperti kacang kuda, kacang buah pinggang dan kekacang lain, tidak dibenarkan pada masa ini. 
  • Jangan makan apa saja yang tidak ada dalam senarai makanan atkins. ini  adalah faktor kegagalan semasa fasa ini 
  • Sukat kuantiti yang anda makan sesuai dengan selera anda. Apabila lapar, makan jumlah yang membuat anda merasa berpuas hati. 
  • Jangan menganggap apa-apa makanan rendah karbohidrat tanpa membaca label! Periksa kiraan carb (pada setiap pakej)
  • Makan seberapa kerap yang anda mahu tetapi berjaga-jaga untuk karbohidrat yang tersembunyi di sos dan kuah. Kuah sering dibuat dengan tepung atau tepung jagung dan gula.
  • Elakkan makanan atau minuman yang manis.
  • Elakkan kopi, teh dan minuman ringan yang mengandungi kafein. Kafein yang berlebihan telah ditunjukkan menyebabkan gula darah yang rendah, yang boleh membuat anda inginkan gula.
  • Minum sekurang-kurangnya lapan 8 gelas air setiap hari, untuk mengelakkan sembelit dan meningkatkan pembakaran lemak  
  • Jika anda sembelit, campurkan satu sudu besar atau lebih psyllium dalam cawan atau minum lebih banyak air setiap hari. Atau makan lebih banyak sayur-sayuran.

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment