4 Sept 2014

RESEPI 6 : KEK NUTELLA MEALSHAKES yang mudah dan sedap.



Salam,

Kek Nutella Mealshakes ni ida ambil resepinya dari Blog vitaminsaya.Ida mohon kongsi ye pada tuan empunya blog iaitu Cik Puan Nurul.

Jom kita semua cuba resepi ni untuk si manja kita ye.




Bahan-bahannya:-


  1. 200 gram Nutella (botol kecil)
  2. 3 sudu teh Mealshakes
  3. 4 biji telur
  4. Chocolate Chips
  5. 3 sudu besar Serbuk Coklat Casbury 3 in 1





Cara Penyediannya


  • Panaskan kukus.
  • Pukul telur sehingga kembang.Pastikan betul-betul kembang.Pakai mixer dengan kelajuan yang laju untuk cepat
  • Bila telur dah kembang,masukk Mealshakes dan gaul sampai sebati.Pakai spatula sahaja
  • Bila dah sebati masukkan Mutella sedikit demi sedikit.Mula-mula Nutella akan terbenam kat dasar tapi lama kelamaan ia akan sebati dengan telur.
  • Akhir sekali masukkan serbuk coklat Cadbury.
  • Griskan loyang.Masukkan adunan kek.Tabur coklat chips kedalam adunan.
  • Pastikan kukus betul-betul paas sebelum masukkan kek.Masak selama 40 minit.Cek dengan lidi.Kalau masih melekat tambah lagi 10 minit.



Selamat mencuba semua resepi yang mudah ni tak perlu gunakan tepung pun.Semoga resepi ini bermanfaat kepada semua ye.

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment