6 Sept 2014

RESEPI 7 : OAT CHEESEKUT dengan MEALSHAKES yang pastinya SEDAP....

Salam bersiaran semua,

Rupanya Mealshakes ni kita boleh pelbagaikan dalam masakan kita kan.Best pula bila tengok bermacam-macam resepi yang menggunakan Mealshakes ni.Resepinya mudah dan tidak terlalu sukar untuk disediakan.

Kali ini resepi Oat Cheesekut dengan Mealshakes.

Resepi ini ida ambil dari blog salwasaleh.Terima kasih kepada tuan empunya blog di atas resepi yang menarik ni ye.




Bahan-bahannya

  • 250 gram cream cheese
  • Sebugkus biskut kering atau cream cracker
  • Suku tin susu pekat manis
  • Setengah cawan susu full cream
  • 2 cawan oat sedia dimakan
  • Satu sudu makan Mealshakes
  • Satu sudu Vico sebagai hiasan


Cara Penyediannya

  1. Lapik loyang anda dengan kertas baking paper.Ini akan memudahkan anda untuk mengeluarkan cheesekut setelah keras nanti dan memudahkan urusan pemotongan.Sangat disarankan menggunakan loyang berbentuk empat segi
  2. Blend cream cheese bersama susu pekat manis.Kemudian tambahkan susu full cream dan Mealshakes.Blend sehingga sebati.Boleh juga menggunakan mixer
  3. Tuangkan sedikit susu full cream ke dalam mangkuk.Celup biskut kering ke dalam susu dan susun diatas loyang.Jangan rendam biskut nanti biskut akan menjadi lembik.Hanya celup sebentar sahaja.
  4. Setelah selesai satu lapisan biskut,tuang cream cheese yang diblend tadikeatasnya dan ratakan dengan menggunakan sudu atau spatula
  5. Taburkan oat ke atas permukaan cream cheese.Tabur sehingga sekata.
  6. Ulang kembalilangkah 3,4, dan 5 secara berturutan sehingga cream cheese dan oat habis digunakan.Mungkin akan terdapat lebihan biskut bergatung kepada jenos loyang yang anda gunakan dan ketebalan cheese disetiap lapisan
  7. Masukkan di dalam peti ais semalaman
  8. Setelah keras potong mengikut kesesuaian dan selera anda.
Lepas ni boleh lah sediakan Oat Cheesekut dengan Mealshakes ini untuk hidangan buat seisi keluarga kita kan.

Selamat mencuba resepi yang mudah dan berkhasiat ni.




0 comments:

Post a Comment