10 Sept 2014

TIPS KURUS : 3 jenis makanan yang mudah untukmembakar lemak.

Salam,

Untuk menjayakan proses menurunkan berat badan faktor pemakanan adalah amat penting untuk ditikberatkan.Ini kerana pemakanan yang seimbang akan membantu dengan lebih cepat proses menurunkan berat badan disamping anda boleh berdiet secara tanpa perlu menahan lapar.

Menahan lapar adalak teknik yang salah untuk menurunkan berat badan.Ini kerana ia akan mengundang penyakit lain jika anda selalu membiarkan perut dalam keadaan kosong.

Dibawah ini disertakan 3 jenis makanan yang mudah untuk membakar lemak bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.

1.Enzim

Sayur-sayuran dan juga buah-buahan segar seperti betik dan nenas dikatakan mengandungi kadar enzim yang tinggi.Makanan yang mengandungi banyak enzim boleh membantu memecahkan protien agar lebih mudah dicerna selain membantu hati dan pankreas memproses dan mengeluarkan lebih banyak toksin dari tubuh.

Enzim juga turut membantu mengubah lemak yang tersimpan dalamperut menjadi sumber tenaga untuk keperluan tubuh.

2.Lemak sihat

Bukan semua jenis makanan berlemak yang menyebabkan terjadinya perut buncit.Lemak tak tepu tunggal boleh meningkatkan metabolisma dan mengubah lemak diperut menjadi tenaga.Antara makanan yang kaya dengan lemak sihat adalah avokado,kacang badam dan minyak zaitun.




Badam kaya dengan lemak sihat dan sumber protien yang mampu membakar lemak.Selai itu ia juga mencegah sakit perut akibat lapar.


Minyak zaitun pula mengawal kadar kolesterol agar sentiasa berada pada paras normal.

3.Serat

Antara makanan berserat tinggi ialah kacang buncis dan oat.


Kandungan serat yang tinggi mampu membuatkan seseorang itu berasa kenyang untuktempoh yang lebih lama.Dengan cara itu akan kurangkan pengambilan makanan berlebihan dan sekaligus membantu mengurangkan lemak diperut.

Bagi yang ingin mendapatkan Set Kurus Shaklee pula boleh lah hubungi ida ye.


Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnh ya

0 comments:

Post a Comment