19 Sep 2014

Ketahui 6 Faktor Yang Menyebabkan Obesiti.

Salam,



Tahukah anda menurut para pakar kesihatan,dan hasil kajian mendapati obesiti boleh dipengaruhi oleh berbagai-bagai faktor.Diantara faktornya ialah faktor genetik,disfungsi salah satu bahagian otak,pola makan yang berlebihan,kurang bersukan,emosi dan faktor persekitaran.

Dibawah ini disertakan faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada obesiti.

Genetik

Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya didalam sesebuah keluarga.Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak yang gemuk juga.Dalam hal ini nampaknya faktor genetik telah ikut campur dalam menentukan jumlah unsur sel lemak didalam tubuh

Hal ini demikian kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil,maka unsur lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal secara automatik akan diturunka kepada bayi sewaktu dalam kandungan.Maka,tidak hairanlah apabila bayi yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar.

Kerosakan pada Salah Satu Bahagian Otak

Sistem pengawal yang mengatur perilaku makan terletak pada suatu bahagian otak yang disebut 'hipotalamus',sebuah kumpulan inti sel dalam otak yang berhubungan dengan bahagian-bahagian lain daripada otak dan kelenjar di bawah otak.'Hipotalamus' mengandungi lebih banhyak pembuluh dari bahagian lain di dalam otak,sehingga lebih mudah dipengaruhi oleh unsur kimia daripada darah.

Dua bahagian 'hipotalamus' yang mempengaruhi penyerapan makanan,iaitu 'hipotalamus lateral' (HL) yang menggerakkan nafsu makan (awal atau pusat makan ) , hipotalamus ventromedial' (HVM) yang bertugas mengekang nafsu makan ( pemberhentian atau pusat kenyang)

Daripada hasil kajian didapati bahawa apabila 'hipotalamus ventromedial' rosak atau hancur,maka individu menolak untuk makan atau minum dan akan mati kecuali apabila dipaksa diberi makan dan minum (diberi infus).Sedangkan bila kerosakan terjadi pada bahagian 'hipotalamus ventromedial' maka seseorang akan menjadi rakus atau gelojoh dan kegemukan.

Pola Makan Berlebihan

Orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan orag yang berat badannya normal terhadap isyarat lapar luaran seperti rasa dan bau makanan atau ketika waktu makan.Orang yang gemuk cenderung makan apabila ia merasa ingin makan,bukan makan pada ketika ia lapar.Pola makan berlebihan inilah yang menyebabkan mereka sukar untuk keluar daripada perangkap kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk mengurangkan berat badan.

Kurang Bersukan

Tingkat pengeluaran tenaga tubuh sangatpeka terhadap pengendalian berat tubuh.Pengeluaran tenaga kepada 2 faktor iaitu :-
  1. Tingkat aktiviti dan sukan secara umum
  2. Angka metabolisma atau tingkat tenaga yang diperlukan untuk mempertahankan fungsi minimum tubuh


Daripada kedua-dua faktor tersebut,metabolisma mempunyai tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga orang yang normal.Meskipun aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal tetapi bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan,aktiviti mempunyai peranan yang sangat penting.Pada waktu suka kalori terbakar,makin banyak bersukan maka semakin banyak kalori yang hilang.

Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisma.Orang yang duduk bekerja sehari-harian akan mengalami penurunan metabolisma tubuhnya.Kekurangan aktiviti gerak akan menyebabkan suatu siklus yang hebat,obesiti membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dan kurang dinikmati dan kurangnya sukan secara tidak langsung akan mempengaruhi turunnya metabolisma tubuh individu tersebut.

Jadi sukan sangat penting dalam peurunan berat badan,tidak sahaja kerana dapat membakar kalori,malahan dapat membantu mengatur berfungsinya metabolisma normal.

Pengaruh Emosional

Suatu pandangan popular adalah bahawa obesiti bermula daripada masalah emosional yang tidak teratasi.Orang-orang gemuk dahaga akan kasih sayang seperti kanak-kaak menganggap bahawa makanan adalah  simbol kasih sayang ibu atau makan lebih daripada hadnya adalah sebagai elemen atau unsur untuk pengganti kepuasan lain yang tidak tercapai dalam kehidupannya.

Walaupun penjelasan  demikian sesuai pada beberapa kes,namun sebahagian orang yang mengalami berat badan yang berlebihan tidak terganggu secara psikologi dibandingkan dengan orang yang memiliki berat badan secara normal.Meskipub banyak pendapat yang mengatakan bahawa orang gemuk biasanya tidak bahagia,namun sebenarnya ketidakbahagian tekanan batinnya lebih diakibatkan sebagai hasil daripada kegemukannya.

Hal tersebut kerana dalam sesebuah masyarakat ,seringkali orang yang bertubuh kurus disamakan dengan kecantikan sehingga orang gemuk berasa malu dengan penampilannya dan kesukaran mereka mengendalikan diri terutama dalam hal yang berhubung dengan perilaku makan.Orang gemuk seringkali mengatakan bahawa mereka cenderung makan lebih banyak apabila mereka didalam keadaan ketegangan atau cemas dan eksperimen membuktikan kebenarannya.

Orang gemuk makan lebih banyak dalam suat keadaan yang sangat mencengkam atau menekan,orang yang mempunyai berat badan secara normal akan dalam keadaan yang kurang mencengkam atau menekan (McKenna,1999).Dalam suatu kajian yang dilakukan oleh White (1977) pada kumpulan orang dengan berat berlebihan dan kumpulan orag dengan berat badan yang kurang dengan menyajikan kerepek (makanan ringan) setelah mereka menonton empat jenis filem yang mengundang emosi yang berbeza iaitu filem tegang,ceria,merangsang ghairah seksual dan sebuah ceramah yang membosankan.

Pada orang gemuk didapaiti  bahawa mereka lebih banyak menghabiskan kerepek setelah menyaksikan filem yang tegang dibandingkan setelah menonton filem yang membosankan.Sedangkan pada orang dengan berat badan kurang,selera makan kerepek tetap sama setelah menonton filem yang tegang mahupun filem yang membosankan.

Lingkungan Persekitaran

Faktor lingkungan persekitaran juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi gemuk.Jika seseorang dibesarkan dalam lingkungan yang menganggap gemuk adalah simbol kemakmuran dan kebahagian,maka orang tersebut akan cenderung untuk menjdai gemuk.Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor luara,maka orang yang mengalami obesiti tidak akan menghiraukan masalah-masalah psikologi yang berkaitan dengan kegemukan.

Jadi bagi para remaja yang kebetulan memiliki berat badan berlebihan dan masih belum berjaya mengurangkan berat badan,janganlah berasa kecewa.Mungkin dengan mengetahui faktor-faktor penyebab kegemukan seperti tertulis di atas anda akan menemui penyebab mengapa berat badan anda tidak kunjung susut.

Satu hal yang paling penting untuk diingat adalah selagi tubuh anda tidak menghidap apa-apa penyakit maka tidak ada yang salah dengan tubuh anda yang besar itu.Perkara lainyang juga tidak kurang penting ialah cubalah untuk bersukan secara teratur dan menjaga emosi anda pada setiap waktu dalam apa jua keadaan.


Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment